“Ayah Tak Keluar Dr Kubvr Pun?” Ini Kisah Sebenar Lagu Terbaru Haqiem Rusli

Kasih sayang seorang ayah kepada anak tiada tolok bandingnya. Dengan keringat lah mereka berusaha memberikan kehidupan yang terbaik kepada si anak agar segala yang dihajati tercapai.

Sebelum ini tular kisah seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun, dikenali sebagai Adlina Marie yang mulai rindu ayahnya yang telah pun pergi bertemu Sang Pencipta. Video yang dimuat naik di laman Twitter telah mengundang sebak ramai berikutan ayat yang dikeluarkan kanak-kanak berkenaan, “tapi ayah tak keluar (dari kubvr) pun?”.

KISAH ADIK ADLINA DIANGKAT SEBAGAI LAGU

Mengangkat kisah yang benar terjadi kepada Adlina yang merindui Allahyarham bapanya yang pergi akibat kem4langan tiga tahun lalu, penyanyi terkenal iaitu Haqiem Rusli telah melancarkan muzik video (MV) yang berkisarkan kanak-kanak tersebut.

MV single berkenaan berjudul Adlina Marie telah dimuat naik di saluran YouTube FMC Music semalam. Difahamkan lagu tersebut hasil ciptaan Ibnu, Ezra Kong dan juga Haqiem Rusli sendiri.

JADI TRENDING DI TWITTER

Memberi reaksi kepada video yang dimuat naik, Haqiem sangat berterima kasih kepada semua peminat kerana telah menjadikan single terbarunya itu trending di laman Twitter.

Malah, ibu Adlina iaitu Siti Sukainah Rahim turut meluahkan rasa teruja dengan lagu yang dihasilkan serta mengajak orang ramai sama-sama memberi sokongan buat MV lagu tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, MV tersebut telah mendapat lebih dari 180 ribu jumlah tontonan dan 22 ribu tanda suka sejak ianya dimuat naik semalam.

LIRIK LAGU ADLINA MARIE:

Hadirnya pelangi selepas hujan

Datanglah seri terus menghangatkan

Senyuman yang telah engkau ukirkan

Senantiasa di sini menemani dirimu

 

Tak bisa ku jelaskan

Betapa besarnya cinta ini

Jiwa dan raga melengkapi

Indahnya perjalanan ini

Sejagat perasaan yang menggunung

Di saat engkau mengetuk rasa ku

Senyuman yang telah engkau ukirkan

Berhubung dengan harapan

Tak bisa ku jelaskan

Betapa besarnya cinta ini

Jiwa dan raga melengkapi

Indahnya perjalanan ini

Pabila ku terjaga

Bertaut sepi yang menyakitkan

Tangisan di dalam senyuman

Mentari kan terus menyinar

Ku akan terus mencintai…

Senyuman yang telah engkau ukirkan

Senantiasa di sini menemani dirimu

Tak bisa ku jelaskan

Betapa besarnya cinta ini

Jiwa dan raga melengkapi

Indahnya perjalanan ini

Mentari kan bersinar

Tangisan di dalam senyuman

Tangisan di dalam senyuman

Tangisan di dalam senyuman

Rintihan seiring kenangan

Tangisan di dalam senyuman

Mentari kan terus menyinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mecks.com

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "“Ayah Tak Keluar Dr Kubvr Pun?” Ini Kisah Sebenar Lagu Terbaru Haqiem Rusli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*