“Bila Member Ajak Huha, Saya Sabar, Duduk Terperap Je” Saharul Ridzwan Kongsi Rahsia Dapat Dean List Setiap Semester

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan bergelar pelajar cemerlang ketika menuntut di sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan sekitar tahun 2012.

Akui Saharul, dia terpaksa berkorban banyak perkara demi mengejar cita-citanya dalam bidang aeroangkasa ketika itu.

“Ada student aircraft tak kat sini? Tengah-tengah belek sijil, terjumpa pula transkrip ni.

“Teringat balik waktu belajar dulu. Awal-awal masuk belajar, saya memang nekad sungguh-sungguh, nak dapatkan almost dean list setiap semester.


“Jadi banyak benda yang saya korbankan. 3 tahun fokus betul-betul, bila member-member ajak pergi KL huha huha, saya sabar dan duduk je terperap kat kolej tu belajar, Alhamdulillah. Dapat result macam ni,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

Ada student aircraft tak kat sini? Tengah2 belek sijil, terjumpa pulak transcript ni. 😄 . Teringat balik time study dulu. Awal2 masuk belajar, sy mmg nekad sungguh2 , nak dapatkan almost dean list every semester. Jadi banyak benda yang sy korbankan. 3 tahun focus betul2, bila member2 ajak pergi kl huha huha, saya sabar dan duduk je terperap kat kolej tu belajar, Alhamdulillah. Dapat result macam ni . Sama jugak sebenarnya bila kita applykan dalam kehidupan sekarang. Kalau kita nakkan something, nekad sungguh2 dan bersedialah utk korbankan sesuatu utk capai impian kita. Kena yakin, apa yang kita korbankan tu, setimpal dengan kejayaan yang kita dapat nanti. Yang penting doa, tawakal, usaha, dan sabar. InShaaAllah . Kejayaan tu bukan dari atas sekeping sijil, tapi macammana kita struggle utk dapatkan result yang kita nak . Every winner has scars. 😎

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on


Menerusi transkrip tersebut, Saharul mendedahkan dia memperoleh keputusan CGPA 3.70 dalam diploma Teknologi Pengurusan Kapal Terbang dari kolej tersebut.

Malah, kata Saharul sikap sama dipraktikkannya dalam kehidupan sekarang.

“Sama juga sebenarnya bila kita aplikasikan dalam kehidupan sekarang.

“Kalau kita nakkan sesuatu, nekad sungguh-sunggu dan bersedialah untuk korbankan sesuatu untuk capai impian kita.

“Kena yakin, apa yang kita korbankan tu setimpal dengan kejayaan yang kita dapat nanti. Yang penting doa, tawakal, usaha, dan sabar. Insha-Allah.

“Kejayaan tu bukan dari atas sekeping sijil, tapi macam mana kita bersusah payah untuk dapatkan result yang kita nak,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bila Member Ajak Huha, Saya Sabar, Duduk Terperap Je” Saharul Ridzwan Kongsi Rahsia Dapat Dean List Setiap Semester"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*