Kontena Membawa Lemak Babl Untuk Bvat Biskut Dislta

KONTENA membawa muatan lemak babl seberat 16,200 kilogram (kg) ditahan ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, Isnin lalu.

Dalam pemeriksaan pada 9 malam itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang mendapati lemak babi dibawa masuk dari Belanda itu tidak mematuhi syarat import ditetapkan.

Jurucakap MAQIS Pulau Pinang berkata, berikutan itu semua lemak babl bernilai RM110,456.37 itu disita untuk tindakan lanjut.

“Lemak babi itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk digunakan dalam pembuatan biskut dan setiap tong diisi 10kg lemak bab1.

“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati pengimport tidak mematuhi syarat import seperti dinyatakan dalam Permit Import MAQIS iaitu tiada nama dan alamat loji pada label pembungkusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, MAQIS mengambil tindakan sitaan selain bakal mengeluarkan kompaun terhadap pengimport berikutan kesalahan dilakukan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:my metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kontena Membawa Lemak Babl Untuk Bvat Biskut Dislta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*