Pernah Untung Cuma RM3, Pakcik Kaki P@tah Gigih Jual Cendol Dan Rojak Demi Rezeki

Mencari rezeki yang halal merupakan satu tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap insan. Mencari rezeki ini bukan hanya untuk kepentingan diri, malahan demi menyara keluarga juga.

Namun, pastinya kita berasa tersentuh apabila melihat insan yang sudah berusia dan mempunyai kekangan kesihatan masih gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi. Hal tersebut pastinya satu jihad yang besar dalam diri insan tersebut kerana berlawan dengan kondisi diri.

Masih gigih cari rezeki halal

Perkara tersebut samalah seperti satu perkongsian yang tular di Twitter apabila seorang pengguna media sosial tersebut mempromosikan gerai cendol dan rojak seorang warga emas di Lembah Maju berdekatan Pandan Indah.

Pernah untung cuma RM3 sehari

Menurut Fatin Shabirah, dia mengajak orang ramai untuk menyokong perniagaan seorang warga emas berusia 67 tahun yang masih gigih berniaga demi menampung kehidupan. Lebih memilukan apabila dia tetap bekerja walaupun kakinya patah.

Dalam video yang diambil pengguna Twitter itu juga, pakcik tersebut mengakui pernah mendapat keuntungan cuma RM3 sahaja untuk sehari jualan disebabkan perniagaan kurang baik pada bulan ini.

Ajak orang ramai support perniagaan

Sehubungan dengan itu, Fatin mengajak orang ramai yang berada berhampiran kawasan gerai cendol dan rojak warga emas terbabit agar sama-sama menyokong dan berkongsi rezeki dengan membeli makanan yang dijual.

Muat naik  yang dibuat itu telah pun mendapat  lebih daripada tujuh ribu perkongsian semula dan empat ribu tanda suka sejak semalam .

Rata-rata warganet telah mengambil peluang menyebarkan perkara tersebut demi membantu warga emas itu memperolehi rezeki bagi dia menampung kehidupan sekeluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Fatin Shabirah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pernah Untung Cuma RM3, Pakcik Kaki P@tah Gigih Jual Cendol Dan Rojak Demi Rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*