Terk3na Renj@tan Elektrlk Pemnas Alr Jadi Pvnca Gitaris Dan Kakak Menlnggal Dvnia

Renjatan elektrik dari pemanas air didakwa menjadi punca gitaris profesiaonal Wan Radzie Wan Othman, 30 dan kakaknya Wan Zunira Wan Othman, 32 tengah malam tadi.

Adik-beradik meninggal dunia

Menerusi posting di Facebook yang di buat oleh abang kepada mangsa dikenali sebagai Wan Razmie Wan Othman, Wan Zuhira telah terkena renjatan elektrik ketika sedang memandikan anaknya dan jeritan wanita itu didengar oleh Wan Radzie yang tampil membantu.

Namun, Wan Radzie turut mengalami nasib yang sama dan keduanya meninggal dunia sebelum jenazah dibawa ke jabatan forensik Selayang. Manakala, anak saudaranya itu ditempatkan di ICU hospital sama kerana terlibat dalam insiden tersebut.

Dengar jeritan dan bantu kakak

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa wanita itu sedang memandikan anaknya sebelum tiba-tiba terkena renjatan elektrik.”

“Adik lelakinya yang kebetulan berada di rumah terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas ke bilik air untuk membantu, namun turut terkena renjatan elektrik.” 

Dikebumikan petang ini

Jenazah kedua-dua mangsa dimaklumkan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Sungai Pusu pada petang ni. Menurut abang kepada mangsa lagi, sebarang pertanyaan berkenaan pengebumian arwah boleh terus berhubung dengannya.

Salam takziah buat keluarga kedua-dua mangsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Wan Razmie Wan OthmanHarian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Terk3na Renj@tan Elektrlk Pemnas Alr Jadi Pvnca Gitaris Dan Kakak Menlnggal Dvnia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*