Abang Ceritakan Pesanan Terakhir Pemain Gitar Eddy Dan Kakaknya Yang MenlnggI Aklbat Rnjatan EIektrik

” Pada mulanya saya nak rahsiakan berita ini dari emak, tapi sampai masanya jnzah dua adik saya nak dikebvmikan, macam tak kena pula kalau tak beritahu dia,”

Demikian kata-kata Wan Razmie Wan Othman, abang kepada pemain gitar profesional, Allahyarham Wan Radzie serta Allahyarham Wan Zunira yang meninggI dnia dipercayai akibat terkena renj4tan elektrik daripada alat pemanas air, Sabtu lalu.

Kejadian pada 10 malam itu berlaku apabila Wan Radzie, 30, atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen mahu membantu kakaknya, Wan Zunira, 32, yang terkena renj4tan elektrik ketika memandikan anak kelimanya, berusia tiga tahun.

” Emak, Mazidah Shamsuddin, 56, dimasukkan ke Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Gombak sejak tiga hari lalu kerana mengadu sak1it dada tapi bukanlah kerana sak1it jantung.

” Saya pergi hospital untuk terangkan perkara sebenar. Saya tengok keadaan emak terlebih dahulu dan berbual macam biasa.

” Setengah jam selepas itu, barulah saya jelaskan hal sebenar. Mulanya emak ingat saya main-main.

” Selepas itu emak menangis kerana kami hanya tiga beradik. Namun mak akhirnya reda,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu pada pagi semalam, Wan Razmie menerusi Facebooknya menulis terpaksa merahsiakan berita ini daripada ibu mereka yang berada di hospital atas faktor kesihatan serta selepas mendapat nasihat dari doktor.

Dia juga memberitahu adik ipar (suami Zunira), yang sepatutnya menjalani pembed4han di Hospital Seremban pada hari ini (Isnin) terpaksa menunda pembed4han dan bergegas pulang ke Gombak untuk menguruskan jnzah isterinya.

” Dia perlu dimasukkan besi di bahagian tulang belikat akibat terjatuh dari tingkat satu ketika bekerja minggu lalu,” katanya.

Wan Razmie yang juga pengasas Darul Ilmi Malaysia di Gombak menyifatkan segala yang terjadi sebagai ketentuan takdir.

” Memang tak pernah berlaku masalah keboc0ran. Suami arwh Zunira yang buat pendawaian elektrik dan itu kepakaran dia. Memang tak jangka perkara begini akan berlaku.

” Arwh Zunira sepatutnya uruskan suaminya serta emak. Eddy tinggal dengan ayah dan memang kerap datang ke rumah kakaknya untuk membantu kerana hubungan mereka pun rapat.

Gambar – Dari kiri, Arwh Eddy, ibunya, arwh Zunira dan Radzmie

Mereka berdua berkali-kali pesan suruh jaga emak

” Tiada langsung kelainan yang ditunjukkan kecuali mereka berdua berkali-kali pesan dan ingatkan pada saya supaya jaga emak dan jangan terlalu sibuk.

” Jadual saya memang padat kerana mengajar dan ada program,” katanya.

Menurutnya, Eddy juga memberitahu mahu menghantar Zunira ke Seremban untuk melihat keadaan suaminya.

” Dia minta supaya saya ada masa untuk emak dan jangan biar emak berseorangan. Berkali-kali Eddy dan Zunira pesan pada saya jangan tinggalkan emak.

” Rupanya-rupanya mereka yang pergi tinggalkan emak. Alhamdulillah, ramai yang mendoakan mereka.

” Eddy dan Zunira sangat baik. Baik itu bukan diukur daripada kopiah, tapi diukur dari sudut tak menyusahkan orang,” katanya.

Jnzah kedua-dua mereka dikebvmikan dalam satu li4ng lah4d di Tanah Perkubvran Islam Sungai Pusu, Gombak petang semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://limauais.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Abang Ceritakan Pesanan Terakhir Pemain Gitar Eddy Dan Kakaknya Yang MenlnggI Aklbat Rnjatan EIektrik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*