“Akur Dan Reda Dengan Sikap Suami” Ain Edruce

PENGACARA serta pelakon Ain Edruce, 29, akur dan reda dengan sikap suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 28, yang tidak romantik.

Ain ditemui berkata sikap tidak romantik itu sudah didedahkan Amirul sejak mereka mula berkenalan lagi dan tidak ada sebab untuk dipersoalkan.

“Saya sendiri selesa dengan sikap Amirul, walaupun dia tidak romantik seperti pelakon Korea yang selalu dibayangkan kebanyakan wanita yang suka menonton drama.

“Amirul tetap istimewa dan saya bersyukur dipertemukan jodoh terbaik dengannya. Dia suami yang penyayang, bertanggungjawabdan selalu memasak untuk kami berdua,” katanya.

Menurut pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 ini, dia bagaimanapun teruja mendapat hadiah jambangan bunga daripada suaminya, baru-baru ini.

“Seronoklah juga apabila Amirul menghadiahkan jambangan bunga ketika sambutan hari jadi saya, baru-baru ini. Tak sangka, dapat juga merasa.

“Kalau tak, selalu tengok rakan-rakan saja yang dapat jambangan bunga. Tapi, tak apa sebab itu tanda penghargaan pasangan masing-masing,” katanya.

Mengulas juga mengenai cahaya mata, Ain berkata dia dan suami tidak merancang kerana yakin ia rezeki daripada Yang Maha Esa.

“Walaupun ada juga saudara-mara yang bertanya soal anak, saya jawab sahaja yang kami belum ada rezeki. Malah, kami pun tidak tertekan soal anak.

“Saya dan suami, kami sentiasa positif kerana urusan jodoh, rezeki, hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT. Kalau sudah sampai rezeki ada anak, pasti jadi kenyataan juga,” katanya.

Menurut Ain, selagi belum memiliki cahaya mata, dia akan memberi fokus pada kerjaya seninya. Ujarnya, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Sehubungan itu, Ain dan Amirul bernikah pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.

 

View this post on Instagram

 

HB2U ❤️ Nak wish lebih2 tunggu masuk bilik nanti ✨ #Amiruldahbesarapeyangbesar @amirul_hafizz

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Akur Dan Reda Dengan Sikap Suami” Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*