Lanjut Atau Tam@tkan? Rakyat Berdebar Tunggu Pengumuman Khas PM, KKM Saran Lanjut PKPP

Seperti yang kita semua tahu, bila tinggal seminggu sahaja lagi dari tempoh berakhirnya PKPP pada 31 Ogos nanti, pengumuman khas Perdana Menteri adalah antara berita yang sangat dinanti-nantikan rakyat semua.

Sumber: Sinar Harian

Dengan kes COVID 19 yang tiada tanda menurun ke angka 0 dan jumlah kluster yang kian bertambah, persoalannya sekarang adakah PKPP bakal ditamatkan atau diteruskan ke suatu tempoh lagi?

Menurut Astro AWANIKementerian Kesihatan Malaysia telah memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

“Terpulang Perdana Menteri untuk mengumumkan dalam masa terdekat” 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tempoh lanjutan itu perlu memandangkan negara masih bergelut dengan peningkatan kes.

Sumber: Astro AWANI

Tambahnya lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan pandemik COVID-19 ini akan berterusan untuk tempoh 2 tahun. Uish lamanya! 

“Berkaitan PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos yang diumumkan (sebelum ini), pihak KKM telah membuat saranan kepada MKN dan juga Perdana Menteri supaya PKPP dipertimbangkan untuk dilaksanakan (dilanjutkan) sehingga keadaan lebih terkawal.

“Jadi terpulang Yang Berhormat (Perdana Menteri) untuk mengumumkannya dalam masa terdekat. Kita lihat di negara lain juga masih bergelut (dengan pandemik) dan kes meningkat. Kes import di negara tertentu juga bertambah,” katanya.

“Setuju lanjutkan!” – Netizen 

Menerusi komen di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, rata-rata netizen mahu PKPP dilanjutkan. Namun yang paling penting, masing-masing haruslah mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumber: Facebook

Sama-sama kita nantikan pengumuman PM nanti. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lanjut Atau Tam@tkan? Rakyat Berdebar Tunggu Pengumuman Khas PM, KKM Saran Lanjut PKPP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*