“Nak Merasa Juga, Umur Makin Meningkat” Hael Husaini Bvat Lagu ‘Bujang’ Sebab Tahun Akhir Hidvp Solo?

Penyanyi Hael Husaini menafikan dakwaan yang kononnya, ciptaan single terbaharunya berjudul ‘Bujang’ sebagai gambaran kepada perancangannya untuk mengakhiri zaman solo pada tahun ini.

Menurut Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 33, lagu tersebut hanyalah satu bentuk dedikasi yang dituju khas untuk individu berstatus bujang sepertinya.

“Eh tak adalah (tahun akhir bujang). Saya buat lagu itu sebab ramai kawan-kawan yang masih bujang dan menanti jodoh, termasuklah diri saya sendiri.

“Kalau nak ikutkan sekarang di radio lebih kepada lagu berunsurkan cinta dan putus cinta, jarang kita nak dengar lagu orang nak nyanyi untuk orang solo. Tak kan orang solo ni tak boleh ada lagu,” katanya kepada Gempak.

Begitupun, Hael tidak menafikan bahawa lagu itu merupakan sebahagian daripada gambaran hidupnya kini.

Katanya, karya itu salah satu luahan yang lahir daripada hatinya sebagai insan yang masih belum memiliki pasangan.

“Boleh juga kata luahan hati saya sebab saya sendiri masih juga bujang.

“Saya tak ada lagi lagu-lagu yang saya nak enjoy, jadi inilah untuk lagu untuk siapa-siapa yang bujang.

“Orang selalu kaitkan kalau hidup bujang, sedih, duduk bucu katil, tengok tepi tingkap, jadi apa kata malam ni kita keluar mencari cinta (bait lirik),” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Siapa single tag dia now 😁 . Jom dengar lagu BUJANG di youtube atau klik je link kat bio lagi senang . #bujanghh #haelhusaini #teambujang

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Katanya lagi, buat masa sekarang, dia masih belum lagi menemui wanita yang boleh dijadikan sebagai teman hidupnya.

Bagaimanapun, situasi itu tidak pernah menjadikan dirinya berada dalam keadaan tertekan.

“Saya masih mencari. Okay je menjadi seorang bujang. Umur semakin meningkat, terfikir gak seronoknya kalau kahwin.

“Tak ada tertekan, tapi kalau boleh nak juga merasa. Kena mencari dan berdoa semoga yang baik-baik (calon) datang,” katanya.

Sebelum ini, Hael sering dikaitkan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Dayang Nurfaizah.

Bagaimanapun, kedua-duanya menyifatkan keselesaan mereka hanyalah sebagai rakan kerja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Merasa Juga, Umur Makin Meningkat” Hael Husaini Bvat Lagu ‘Bujang’ Sebab Tahun Akhir Hidvp Solo?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*