Pedlh! Orang Lain Kahwin Gembira, Tiba Giliran Miera Leyana Jadi Macam Ni

Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik dalam mahligai cinta yang dibina bersama suami, Rosland Othman, pelakon Miera Leyana mengambil pendirian untuk membiarkan sahaja spekulasi netizen mengenai status sebenar dirinya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan.

Bintang filem Pecah itu juga pada masa sama turut menafikan beberapa isu terpalit, melibatkan spekulasi yang tidak betul melibatkan status perkahwinannya itu.

“Apa yang boleh saya cakap, kami pun sudah selama bernikah dan kami minta ramai agar mendoakan yang baik-baik.

“Kalau nak dikatakan stres, memang tertekan juga sebab tidak sampai 24 jam saya berkahwin, ada yang sudah buat spekulasi yang macam-macam. Malah apa yang diperkatakan itu tidaklah semuanya betul.

“Bayangkan baru sahaja berkahwin dan bila baca di sosial media, ada yang membuat telahan pelbagai. Sudah tentu saya terasa,” jelasnya kepada MH.


Miera juga tidak pasti mengapa hal tersebut diperkatakan netizen.

“Lazimnya bila orang yang baru sahaja berkahwin, dapat cerita yang indah-indah, tiba-tiba bila giliran saya yang kena kec4m, terfikir apa yang aku dah buat salah kali ni? Apa yang berlaku itu membuatkan saya rasa agak terkejutlah.

“Ada juga yang cakap saya dan Rosland berkahwin atas dasar keluarga dan perniagaan… Ia sangat-sangat tidak betul sebab itu sudah macam cerita dalam drama. Misalnya saya berkahwin ni sebab bapa yang suruh.

“Ada juga yang kata Rosland anak tujuh, anak sepuluhlah, ini semua tidak betul. Ramai yang buat spekulasi dan saya tidak mahu panjang-panjangkan cerita. Sebab itulah saya pilih untuk tidak mengiya atau menidakkan.

“Kami saya juga seperti pasangan lain yang berkahwin, cuma saya tidak tahu mengapa perkara tersebut mulai ditimbulkan. Mungkin kerana perbezaan umur di antara kami yang mungkin mencetuskan persoalan.

“Sebagai selebriti, normal jika orang akan sentiasa menilai tidak kira apa pun perkara. Saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini, cuma terkejut soal perkahwinan saya diperkatakan sampai sedemikian rupa,” jelas Miera jujur.

 

View this post on Instagram

 

Photography by @the.affiliates Bridal dress by @rizmanruzaini Make up by @alhaalfa Hair by @juuu.ko Wedding by @thecalla

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on


Sementara itu, pemilik nama lengkap Miera Leyana Datuk Seri Kasmi ini juga turut rasa hairan dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap poligami, sedangkan ia bukanlah perkara yang salah.

“Saya tidak faham, bila bercakap mengenai poligami, ada yang rasanya ia ‘tidak okay’. Saya tak kisah sekiranya ada pihak nak mengatakan saya isteri kedua atau ketiga.

“Contohnya kalau pun betul, saya tidak rasa telah lakukan sesuatu yang salah. Kami tetap anjurkan majlis perkahwinan dan menjemput ahli keluarga dan rakan media untuk meraikan. Tidak ada benda untuk disembunyikan pun.

“Bagi saya, saya tidak tidak faham mengapa isu tersebut disifatkan sebagai sangat besar. Kalau nak dikata isteri pertama baik, yang kedua jahat atau sebaliknya, perkara itu mungkin dalam drama TV.

“Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” katanya lagi.

Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis, Kuala Lumpur.

Sementara itu, majlis resepsi mempelai diraikan secara meriah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu.

Malam yang penuh bermakna itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Liza Hanim, Lan & The Typewritter, Hazama, Lah Ahmad dan Noryn Aziz.

 

View this post on Instagram

 

Dress by @rizmanruzaini Make up by @alhaalfa Hair by @juuu.ko

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pedlh! Orang Lain Kahwin Gembira, Tiba Giliran Miera Leyana Jadi Macam Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*