PU Syed Suruh Safiey Bertavbat, “Gaya Hidvp Sebegini Berb@haya Kerana Boleh Jadi Ikutan …”

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya menegaskan tindakan usahawan kontroversi, Safiey Illias melakukan pembedahan pada anggota badannya tanpa sebab yang dibenarkan agama adalah haram di sisi syarak.

Jelas PU Syed, perbuatan itu semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang daripada seorang lelaki untuk menjadi wanita.

“Perbuatannya jelas HARAM di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan agama.

“Lebih-lebih lagi dibuat semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang untuk menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah seorang lelaki,” tulisnya di Instagram (IG).


Sebelum ini, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias telah melakukan pembedahan menaikkan kening atau ‘eyebrow lift’ pada Sabtu lalu dengan anggaran kos RM30,000.

Tambah PU Syed, tindakan Safiey itu sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan kepada orang lain.

“Encik Safiey telah melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kepada Allah, apatah lagi dia sangat berbangga dengan apa yang sedang dilakukannya sekarang.

“Gaya hidup sebegini sangat-sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan oleh orang lain.

“Safiey dan Sajat keduanya wajar ditangkap dan diberi pengajaran sebenar-benarnya. Bertaubatlah kepada Allah wahai saudaraku,” tulisnya lagi.

Terdahulu, usahawan tersebut juga pernah mencuri tumpuan umum apabila menjalani prosedur mengecilkan pipi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "PU Syed Suruh Safiey Bertavbat, “Gaya Hidvp Sebegini Berb@haya Kerana Boleh Jadi Ikutan …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*