“Svsah, Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sayang Tinggalkan Ank, Pvnca Zizie Izette Svkar Nak Berlakon Kembali

Pelakon Datin Zizie Izette sudah mula keluar bekerja dan sering pulang rumah lewat.

Menurut Zizie pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.

Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti perlu dilupakan buat sementara waktu.

“Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak-anak tapi akhirnya mereka yang surprise kan kita!

“Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah?

“Pengalaman baru untuk saya. Susah. Macam saya, kejap-kejap check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa.

“Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi,” katanya.

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.


Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video yang menunjukkan anaknya setia menunggunya pulang dari kerja.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama ketika mula-mula bekerja dan meninggalkan anak.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Svsah, Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sayang Tinggalkan Ank, Pvnca Zizie Izette Svkar Nak Berlakon Kembali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*