“Kita Semua Tak Sempurna Tapi…”Siti Nurhaliza Komen Mengenai Adik OKV Yang Menyanyikan Lagunya

Minggu lalu, tular video seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ia menjadi tular kerana nyanyian dan suara pelajar yang bernama Suhaila dari kelas Pendidikan khas itu sangat merdu dan sempurna.

Siti Nurhaliza yang menyedari mengenai bakat adik tersebut memuat naik kembali video tersebut di Instagram dan kagum dengan persembahan tersebut.

“Subhanallah.. inilah kebesaran Allah swt.. Kita semua tidak sempurna tetapi Allah beri kelebihan yang berbeza- beza…

“Semoga Allah swt sentiasa lindungi adik ini dan mendapat keberkatan di dunia & akhirat ya .. Aamin ya rabb..,” katanya.

Difahamkan adik Suhaila menyanyikan lagu tersebut ketika melakukan persembahan di sekolah sempena Sambutan Awal Muharram.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kemerduan suara adik Suhaila.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kita Semua Tak Sempurna Tapi…”Siti Nurhaliza Komen Mengenai Adik OKV Yang Menyanyikan Lagunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*