Misha Omar Dedah Blbir Ank ‘Kenan’ Gincu Merah Masa Ham1l

Penyanyi Misha Omar dedah bibir anaknya, Muhammad Idris Ezzwa kelihatan sangat merah ketika baru dilahirkan.

Misha berseloroh bibir merah anaknya itu kemungkinan kerana dia suka memakai gincu merah ketika hamil.

“Tak perlu filter bila warna bibir dia masa tu sangat on point hahaha.

“Terima kasih kepada ibu saya yang aktif menyanyi sambil kendong saya ke sana ke sini pakai gincu merah je manjang 4 tahun yang lalu.

“Dia rasa dia lawo kot pakai listip terang2 gamaknya. So bibir merah tu maybe kenan sebab dia suka nau listip merah..wallahuallam..,” katanya.

Misha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya ketika dilahirkan.

Kemas kini itu dilakukan khas sempena ulang tahun kelahiran anaknya semalam.

“Nama saya Muhammad Idris Ezzwa,..Gambar ni masa umur saya sehari, sengaja saya kecilkan mata tu untuk nampak kacak.

“Harini (semalam) hari jadi saya yang ke 4 tahun. Since Ibu saya ramai kawan-kawan kat sini, makanya saya hijack phone dia nak mintakla doa dari kawan-kawan Ibu semoga saya membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, jadi anak yang pintar, jadi manusia yang berguna, jadi lelaki yang baik..

“Ibu saya kata kekadang dia geram dengan saya sebab saya ni agak garang dan kurang sabar. Jadi doakan la supaya garang saya ni berkurangan atau pun boleh doa supaya ibu saya kekal sabar seperti sedia adanya,” katanya lagi.

Misha dan suami, Firroz Ezzwan Rossly mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa yang berusia 4 tahun, serta Muhammad Adam Emir, 14 dan Humaira Lateefa, 8 tahun.

 

View this post on Instagram

 

No filter needed when your lip color was so on point.. haha!!! 🤪🤪 Thanks to my mum since she was actively singing kendong saya ke sana ke sini pakai lipstik merah je manjanggg 4 tahun yang lalu ..dia rasa dia lawo kot pakai listip terang2 gamaknya. So bibir merah tu maybe kenan sebab dia suka nau listip merah..wallahuallam.. . Nama saya Muhammad Idris Ezzwa,..Gambar ni masa umur saya sehari, sengaja saya kecikkan mata tu..untuk nampak hensemm 😂😂😂 harini harijadi saya yang ke 4 tahun.. Since Ibu saya ramai kawan-kawan kat sini, makanya saya hijack phone dia nak mintakla doa dari kawan-kawan Ibu semoga saya membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, jadi anak yang pintar, jadi manusia yang berguna, jadi lelaki yang baik..Ibu saya kata kekadang dia gewam dengan saya sebab saya ni agak garang dan kurang sabar 😂😂 .. jadi doakan la supaya garang saya ni berkurangan..atau pun boleh doa..supaya ibu saya kekal sabar seperti sedia adanya…😀😀😀. . Terima kasih kawan-kawan Ibu saya.. . ❤ ,.. . Muhammad Idris Ezzwa or u can call me Billie…saya suka tukar2 nama saya ni bergantung kepada situasi..kadang Rich , kadang Cody…🤣🤣🤣 ..

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Misha Omar Dedah Blbir Ank ‘Kenan’ Gincu Merah Masa Ham1l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*