“Tak Sedar Lebih Mvatan” Pesawat Pertama Bvatan Indonesia Tersangkvt Di Pintu Tol

Kalau korang pernah menonton filem Habibie & Ainun, mesti korang teringat akan kegigihan Presiden Indonesia, BJ Habibie dalam menghasilkan pesawat pertama buatan Indonesia.

Pesawat N250 yang dihasilkan pada tahun 1995 itu sudah pasti menjadi kebanggaan rakyat mereka sehingga ke hari ini.

Sumber: Kompas.com

Setelah lebih 2 dekad penghasilannya, pesawat ini akan dipamerkan di Muzium Pusat Angkatan Udara Indonesia, Yogyakarta di Jawa Tengah.

Namun, proses pemindahan pesawat tersebut tidak berlaku seperti yang dirancang apabila pesawat yang dalam perjalanan ke muzium itu tersangkut di pintu masuk plaza tol.

Kejadian berlaku apabila pemandu trak yang mengangkut kapal terbang berkenaan tidak sedar bahawa muatannya itu terlalu tinggi.

Sumber: Astro Awani

Proses mengalihkan pesawat makan masa 3 jam

Menurut Pengurus Operasi Tol PT Trans Marga, Fauzi Abdurrahman, kakitangannya membantu untuk mengalihkan pesawat ke pintu gerbang yang lebih besar.

Proses untuk mengalihkan pesawat tersebut mengambil masa lebih 3 jam dan tiada sebarang kerosakan yang teruk pada pesawat mahupun pintu tol tersebut.

Pesawat N250 dikhabarkan telah selamat sampai ke muzium, lapor Astro Awani.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Sedar Lebih Mvatan” Pesawat Pertama Bvatan Indonesia Tersangkvt Di Pintu Tol"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*