Anggota Trafik ‘Flying Kick’ Penunggang Motosikal, Ini Komen Pesuruhjaya Polis Sarawak

POLIS Sarawak sedang menyiasat anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu susulan video tular seorang penunggang motosikal ditendang hingga jatuh di Jalan Temple, Sibu, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari.

Kejadian itu dirakam orang awam dan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi Rakaman video berduarasi 15 saat itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba selepas ditahan untuk pemeriksaan.

Penunggang motor tersebut ke lihatan enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan anggota terpaksa menendang motor tersebut

Aidi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.

“Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang mel4wan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.

Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet yang turut mempersoalakn cara anggota tersebut bertindak, kerana jarak motor dengan anggota polis itu masih dekat. Kaedah mengambil kunci motor atau menarik tangan penunggan motor masih boleh di gunakn ketika berdepan dengan situasi tersebut

“Terima kasih juga kepada polis tu sbb tindakan flying kick dia tu menyelamatkan pengguna jalan raya yg lain drpd berdepan risiko berhadapan penunggang motosikal menentang arus. Kepada rakyat malaysia yg marah kat polis tu, meh sini aku nak tanya. Bukan ke sblm ni korang juga yg marah sgt dgn penunggang atau pemandu yg menentang arus???” tulis seorang netizan

“Kalau la yg kena flying kick penj3nayah yg dicari…. Rasa2 nak bagi reward ke atau tindakan tata tertib kat abg polis tu”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MB/ LM Media

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Anggota Trafik ‘Flying Kick’ Penunggang Motosikal, Ini Komen Pesuruhjaya Polis Sarawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*