“Kami Percaya Itu Yang Terbaik Untuk Safawi…” JDT Lepaskan Safawi?

Terkini, impian bakal menjadi kenyataan apabila penyer4ng prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya yang juga pemilik kelab terbabit Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi di pentas eropah.

Menerusi kenyataan di Instagram officialjohor, Tunku Ismail bersedia melepaskan ayam tambatan itu sebaik saingan liga berakhir.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

” Kelab akan lepaskan Safawi selepas habis league (liga), All the best Safawi,” katanya, yang memuat naik komen di Instagram officaljohor sebentar tadi.

” Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia,” katanya.

Terdahulu, kehebatan Safawi terus mendapat perhatian kelab luar negara apabila dikhabarkan menerima tawaran dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

Hal ini bermakna jika hasil perbincangan pemain berasal dari Dungun, Terengganu bersama kelab berkenaan berjaya, dia akan menjadi pemain kedua tahun ini melebarkan sayap ke pentas antarabangsa beraksi bersama kelab di eropah selepas tonggak Bawah 19 Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

” Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

” Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

” Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” tulis kenyataan tersebut.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Ketika ini, Portimonense SC beraksi di liga utama Portugal dengan berada di kedudukan 17 liga pada musim lalu menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah António Folha.

Sekiranya Portimonense SC dapat bertahan dalam Primeira Liga, bermakna mereka akan bersaing dengan kelab handalan seperti FC Porto dan Benfica.

Jika ia menjadi kenyataan, kita berpeluang untuk melihat Safawi bersaing dengan pemain terkemuka seperti Pepe (bekas bintang Real Madrid) dan Ruben Dias (Benfica).

Terdahulu   Syifa Melvin ‘Sound’ Netizen Bila Safawi Digel4r ‘Playboy’

Pelakon dan usahawan Syifa Melvin, 26, mengingatkan kepada segelintir pengikut agar tidak menggelarkan bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 23, sebagai seorang playboy.

Menurut Syifa, dia kenal sifat keperibadian Safawi yang sebenar memandangkan dia antara individu paling rapat.

“Kenapa dengan Safawi saja kena fikir masak-masak? Dengan sesiapa pun kena fikir.

“Tak payah la cakap dia playboy. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain.

“Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana,” katanya menerusi secara langsung (live) di Instagram (IG).

Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin mengingatkan agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip liar yang pernah tersebar sebelum ini.

“Disebabkan gosip-gosip bod0h dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang.

“Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber://limauais.pw/2020/08/26/tmj-ucap-selamat-untuk-safawi/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kami Percaya Itu Yang Terbaik Untuk Safawi…” JDT Lepaskan Safawi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*