Tak Jadi Peguam, Uyaina Arshad Percaya Ada Hikmah “Yang Penting Dapat Berbakti Kepada Orang Tua ..”

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 27, mendedahkan dia tidak pernah merancang untuk bekerja dalam industri lakonan.

Walaubagaimanapun, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina percaya dengan aturan Allah yang telah disusun untuk dirinya.

“Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang-orang hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

“Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu,” tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang mengingatkan supaya tidak berasa bersalah sekiranya tidak bekerja sama dengan bidang yang dipelajari dulu.

“Buat adik-adik yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka dan mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik-adik dapat.

“Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia-sia. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu.

“Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua dan jadi orang yang berguna kepada masyarakat,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang2 hebat dalam bidang pengacaraan & lakonan.. . Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu. . Buat adik2 yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka & mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik2 dapat. Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia2. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu. Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua & jadi orang yang berguna kepada masyarakat 😊 Ok? 🤗 #UyainaArshad

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Jadi Peguam, Uyaina Arshad Percaya Ada Hikmah “Yang Penting Dapat Berbakti Kepada Orang Tua ..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*