TERKINI Suhu B@dan Tdak B0leh Dicatat Dalam Bentvk Buku Mahupun Digital – Timb. Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Antara Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah untuk mengimbas kod QR dan menyemak suhu badan sebelum masuk ke dalam mana-mana premis.

Kalau korang biasa pergi kedai, korang perasan tak ada kedai yang minta untuk catat suhu badan dalam buku rekod pengunjung dan ada pula yang hanya semak suhu.

Sumber: Berita Harian

Isu ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada hari ini yang mengatakan suhu badan tidak sepatutnya direkod dalam bentuk buku mahupun disimpan secara digital.

Ini dikatakan bercanggah dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurut beliau…

“Hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital. Kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah”

Rekod pengunjung perlu dihapuskan dalam tempoh tertentu – Datuk Zahidi

Beliau juga ada memaklumkan bahawa rekod pengunjung yang disimpan hanya digunakan untuk pengesahan kontak. Simpanan data hanya boleh dilakukan sehingga 6 bulan tempoh penguatkuasaan PKP. Kemudian ianya perlu dihapuskan secara kekal selepas 9 bulan, lapor Harian Metro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "TERKINI Suhu B@dan Tdak B0leh Dicatat Dalam Bentvk Buku Mahupun Digital – Timb. Menteri Komunikasi Dan Multimedia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*