“[FOTO] Ramai Cakap Baby Aisha Amaira Muka Ayah” Memang Tak Jemu Tengok Wajah Ank Fasha Dan Aidil

Selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini, Fasha dan Aidil dikurniakan dengan seorang puteri yang cukup comel dan tidak jemu mata memandang.

Bukan itu sahaja, pengikut Fasha juga turut meningkat ke 5 juta orang pada hari Aisha dilahirkan. Apatah lagi Fasha memaklumkan dia tidak akan membuat akaun Instagram untuk anak-anaknya, dan semua gambar akan dikongsi di Instagram miliknya.



Sebelum itu, ramai juga yang memuji kecantikan Aisha seperti wajah ibunya, Fasha ketika kali pertama Fasha berkongsi wajah anaknya kepada umum.

Namun dalam entri terbaru di Instagram miliknya, Fasha berkongsi cerita bahawa ramai yang mengatakan wajah Aisha seperti wajah suaminya, Aidil.

“Ramai cakap baby Aisha Amaira Muka Ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu.

“Yang penting baby Aisha sihat,” doa Fasha buat anaknya itu.

Aisha Amaira merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Pelakon jelita itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“[FOTO] Ramai Cakap Baby Aisha Amaira Muka Ayah” Memang Tak Jemu Tengok Wajah Ank Fasha Dan Aidil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*