Kec0h Masa Majlis Kahwin, Sufi Rashid Dedh Hvbungan Terkini Ibunya Dengan Isteri

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sufi Rashid, 29, menjelaskan ‘hubungan keruh’ yang penah tercetus di antara isterinya, Nurulain Md Yusof dengan ibu, Irma Suriana Mahamud semakin baik.

Sufi ditemui baru-baru ini berkata dia sangat bersyukur kerana hubungan isteri dan ibu serta keluarganya di Singapura, tidak lagi bermasalah seperti dulu.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan isteri bersama keluarga saya dah tak teruk macam dulu. Sudah boleh dianggap selesai dan tak perlu difikirkan sangat.

“Tak dinafikan, selepas apa yang berlaku saya nak fahamkan keluarga mengenai situasi sebenar bukan mudah. Perlu ambil masa juga nak menyelesaikannya.

“Ditambah, lebih-lebih lagi saya pula terbabit dalam industri ini. Kadang-kadang, apa yang diluahkan itu boleh bertukar jadi lain,’ katanya.

Menurut Sufi, disebabkan tidak  faham membuatkan keluarga berasa tertekan. Bagaimanapun, sekarang dah tak ada banyak masalah lagi.

“Saya pun pernah bawa Nurulain berjumpa ibu selepas majlis perkahwinan kami. Kini, mereka berdua sudah boleh duduk dan berbual bersama,” katanya.

Mengharapkan terus didoakan yang baik-baik buat dia, isteri dan keluarga, Sufi berkata dia turut bercadang membawa isterinya pulang ke Singapura bertemu ibu dan keluarga selepas Covid-19 berakhir.

“Saya berhasrat nak bawa isteri bertemu ibu dan sanak-saudara di Singapura untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga di sana.

“Saya pun belum berpeluang nak balik sana kerana penularan pandemik ini yang tak tahu bila akan habis. Dah lama juga tak balik, sejak saya berkahwin,” katanya.

Ujar Sufi, apabila Covid-19 menular banyak majlis hiburan dibatalkan dan acara pula lebih mudah dibuat secara virtual. Jadi, dia tidak berpeluang balik ke Singapura.

Juara Akademi Fantasia 2015 ini

bernikah dengan isterinya pada 21 September tahun lalu. Bagaimanapun, timbul insiden ‘kurang manis’ pada majlis persandingan mereka.

Ia berikutan tersebar video tular yang menunjukkan Nurulain bertindak meninggalkan pelamin sewaktu ibu mentuanya, Irma datang bersalaman dan memeluk Sufi.

Malah, dikatakan lagi keretakan hubungan menantu dan mentua itu mula berlaku berikutan ikatan pernikahan yang tidak direstui keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kec0h Masa Majlis Kahwin, Sufi Rashid Dedh Hvbungan Terkini Ibunya Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*