“Semua Mu Nak” Peminat Seloroh Zizan Usik Neelofa Ter0pong Masa Depan Bersama

Pelakon, pengacara dan usahawan jelita, Neelofa bukanlah seorang yang sering menyelitkan ayat-ayat manis di Instagram miliknya itu. Tetapi sesekali dia cuba untuk tidak terlalu serius apabila meletakkan kepsyen.

Terbaru dia menulis sesuatu yang agak ‘sweet’ sehingga mengejutkan segelintir peminatnya yang menganggap hati Neelofa mungkin sedang berbunga ketika ini.

“Looking into our future together,” tulisnya pada dua keping gambar sedang menggunakan teropong yang dimuat naik ke Instagram miliknya.

Seperti mengagak maksud Neelofa itu, pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengambil peluang mengusik Neelofa di ruangan komen pada gambar tersebut.

“Thanks awak 2021?? Hahahaha,” usik Zizan dan komen ringkas itu sahaja sudah mendapat 723 Likes


Komen pelakon Polis Evo tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.


“Go get yourself a real women already la zizan. Asyik berfoya je kawennya tak juga,” tulis kiddayz

“Semua mu nak,” seloroh moemasriwarren.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan semoga ada jodoh di antara mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

Looking into our future together 🙈

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Sepanjang kariernya hingga kini, Zizan sering dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon wanita jelita seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan Mira Filzah tetapi kesemuanya kini sudah berkahwin termasuklah Mira Filzah yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak berapa lama lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Semua Mu Nak” Peminat Seloroh Zizan Usik Neelofa Ter0pong Masa Depan Bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*