Berdebar… Sambung Atau Tidak? PM Sampaikan Perutusan Khas PKPP Malam Ini

BERDEBAR, mungkin itu yang dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia menjelang malam ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini (Jumaat).

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pengumuman mengenai perutusan perdana menteri.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Berdebar… Sambung Atau Tidak? PM Sampaikan Perutusan Khas PKPP Malam Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*