“Bukan Dia Pvncanya, Tapi Isteri Saya Kena Lvdah Sebab Saya…” Datuk AC Mizal

Pengacara dan pelakon popular Datuk AC Mizal mengimbas kenangan pahit yang dilalui oleh isteri kesayangannya Datin Emylia Rosnaida selepas mendirikan rumah tangga.

AC mendedahkan perkara itu secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal disiarkan malam ini.

Menurut AC, ramai yang menganggap Emylia adalah punca penceraiannya dengan bekas isteri.

Disebabkan tanggapan itu jugalah Emylia menerima pelbagai kecaman termasuklah insiden diludah sewaktu membeli barangan keperluan.

“Orang caci dia macam-macam, saya ingat lagi dia cerita dia pergi pusat membeli-belah untuk beli barang kemudian orang ludah.

“Saya akan ingat insiden itu sampai bila-bila, orang ludah dia sebab saya. Saya kahwin dengan dia selepas setahun saya bercerai dan orang menganggap seperti dialah penyebabnya.


“Tapi sebenarnya tidak, selepas saya bercerai selama setahun kemudian barulah saya bersama dengan dia.

“Ada sampai satu tahap dia balik rumah saya tengok dia menangis. Saya tanya kenapa namun dia tidak mahu cerita

“Sampailah selepas seminggu dia beritahu tidak mahu pergi membeli barang. Saya tanya lagi dan kemudian barulah dia cerita apa yang menimpa.

“Tiada apa perkataan yang boleh menggambarkan siapa awak untuk saya. Awaklah nyawa saya dan saya tahu saya tidak akan berada di sini tanpa awak disisi saya. Terima kasih isteriku,” ucap AC sebak.
Selain AC, Nabil Ahmad juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bukan Dia Pvncanya, Tapi Isteri Saya Kena Lvdah Sebab Saya…” Datuk AC Mizal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*