Hidayah Sam4n Ibu Abam

“Arwah abang saya meningg4l pada 10 Februari dan pada 26 Februari pula, saya menerima surat sam4n pertama.

“Pada ketika itu, kami mengadakan majlis tahlil untuk arwah.

“Saya nak bersuara, tapi mak melarang. Katanya, abang baru saja meningg4l dunia. Jadi, saya akur dengan permintaan mak saya.

“Selepas dua ke tiga bulan kemudian, bertalu-talu surat sam4n daripadanya sampai ke rumah dan pada ketika itu, terdetik dalam hati saya yang dia memang benar-benar nak ke mahkamah.

“Jadi, saya pun berbincang dengan peguam saya,” katanya.

Menurut Ali, antara tudvhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

“Ada satu tuduhannya mengatakan bahawa saya mengambil wang abang saya dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan.

“Itu adalah tuduhan yang tak berasas dan bersifat fitn4h,” katanya.

Berkongsi mengenai pengakuan yang dibuat oleh Hidayah menerusi peguamnya, dia mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank Abam dan mengambil empat jam tangan milik arwah.

“Sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang dan keluarga kami merebut semua wang milik arwah abang saya.

“Jadi, bila saya nak uruskan urusan faraid, pihak bank memaklumkan mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan.

“Di situ, saya dah ada satu bukti dan akhirnya, dia sendiri yang mengaku mengambil wang itu untuk dipindahkan ke akaun anaknya dan juga mengambil jam tangan berjenama milik arwah,” katanya.

Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya.

“Dalam faraid itu, memang sah-sah ada bahagian untuk dia dan anak. Buat apa, saya nak ambil sedangkan bukan ada hak saya pun.

“Lagi satu, kalau dia maklumkan yang dia ada buat pengeluaran, semuanya boleh disusun semula mengikut bahagian masing-masing.

“Bayangkan, abang saya meningg4l dunia dan dikebumikan selepas Maghrib dan pada tengah hari keesokan harinya, RM10,000 dah dipindah keluar dari akaun sedangkan kami sekeluarga masih berada di rumah.

“Alasannya, takut kami rebut wang yang ada dalam akaun itu. Saya ada duit sendiri dan tak mahu pun wang arwah abang saya,” katanya.

Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka a1ib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikecam masyarakat.

“Dia berniaga cempedak goreng, dia beritahu media. Saya pasang batu nisan kat kubur abang saya pun, dijadikan isu.

“Bila dia mengaku, kenapa tak dihebahkan pula kan?

“Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga kerana isu-isu macam inilah nama kami sekeluarga terpalit kontroversi,” katanya.

IBU ABAM BOCEY JUGA DISAM4N

Terdahulu, sebutan kes sam4n difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Sam4n itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sementara itu, Hidayah ketika dihubungi menjelaskan dia sibuk berniaga.

“Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sibuk sikit berniaga.

“Mengenai perkara itu, buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya.

Abam dan Hidayah diijabkalbulkan pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Duit Dlm Akaun Arwh Tak Sampai RM100K. Ini penjelasan Ali kemana semua duit tu pergi

” Ada yang tertanya-tanya arwah Abam adalah seorang artis popular, menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015, jadi kenapa dalam akaun arwah ada sebanyak itu sahaja. mana pergi semua duit arwh?”

Demikian soalan wartawan kepada Ali Puteh semasa dia mengadakan sidang media memberi penjelasan berhubung isu berbalas sam4n dengan kakak iparnya, Hidayah.

Sehubungan itu, Ali telah menjelaskan satu persatu berkenaan duit simpanan dalam akaun bank arwah Abam yang mungkin mengejutkan ramai.

Menang beratus ribu tapi dalam akaun bank tinggal banyak tu jer? Rupanya..

” Okay dekat sini saya ulang balik, dalam akaun Maybank ada RM56 ribu (selepas pengeluaran RM10 ribu) dan dalam akaun Affin Bank RM 28 ribu.

” Logik tak sebagai seorang artis terkenal, yang cukup dikenali, yang menang anugerah Maharaja Lawak Mega, boleh dikategorikan duduk belang tiang pun orang tahu itu Abam Bocey, tapi ada duit simpanan banyak ini.

Arwah Suka Menderma

” Inilah yang dikatakan saham akhirat. Arwh adalah seorang yang sangat suka menderma. Cuma dia menderma dia tak hebahkan

” Itu sebab saya pernah tanya dia, bang duit kau dalam akaun cukup tak ni? Dia jawab cukup aku belanja dengan mak, cukup untuk aku belanja dengan anak isteri.

” Ibarat kata cukuplah banyak itu, tak perlu banyak pun..cukuplah untuk dia buat belanja katanya.

” Sebab banyak duit dia sudah agihkan untuk saham akhirat dia..rumah bantuan sana, rumah bantuan sini..

” Cuma dia je tak perlu buat video rekod untuk hebohkan..takde itu bukan arwah Abam.

” Malah selepas dia meninggI pun ramai yang keluar (individu tidak dikenali) tiba-tiba muncul beritahu arwh Abam ada bantu..arwh Abam ada bantu.

” Alhamdulillah itu saham akhirat dia. Tapi janganlah buat tuduhan yang saya makan harta berjuta-juta (duit Abam).

Tiada isu Ali makan harta Abam

” Inilah duit arwah Abam yang ada, yang selama ini saya biarkan, yang orang duk cakap saya duk kejar-kejar (harta)..inilah dia duit arwah Abam yang ada sebenarnya” kata Ali lagi.

Kemudian wartawan turut bertanya ketika akaun arwh Abam sudah dibekukan semasa faraid dibuat, maksudnya tiada langsung isu Ali makan duit.

” Saya rasa pada hari kelima saya ambil kad bank itu, semua duit dalam akaun itu kita sudah bek. Bukan untuk apa, tapi untuk memudahkan urusan faraid.

” Bila lambat urusan faraid jadi beginilah, yang ambil duit itu, yang keluarkan duit itu kita tak tahu..jadi kita nak kumpul untuk urusan faraid itu susah.

” Jadi sekarang tengah nak urus faraid, timbul pulak isu sam4n..” kata Ali

Saya tahu hukum Islam

Kalau ambil, cakaplah ambil. Kau cakap kau keluar sehelai sepinggan. Cakap la nak ambil untuk Hamzah. Janganlah cakap tak ambil. Benda tu tak logik. Cakaplah jujur. Kita okay kalau kau ambil untuk Hamzah.

Yang jadi masalah bila kau hebah kan kat media kata kau tak dapat apa-apa. Lepastu kau tuduh aku ambil semua duit duit arwah. Jangan cakap kau tak dapat apa apa. Jangan kau tuduh keluarga sini ambil. Sini semua kau ambil dah. Takkan saya tak tahu agama, saya tahu hukum Islam. Saya tahu mana hak saya, mana bukan.

Selain itu, Ali Puteh turut kecewa apabila dituduh oleh Hidayah mengenai harta arwah diambil oleh keluarganya. Perkara itu membuatkan ramai mengkritiknya walaupun Hidayah sudah mengambil berbelas ribu. Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya. Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikecam masyarakat.

Isu jual cempedak, cakap. Isu pasang batu nisan kat kubur abang cakap. Isu sam4n menyam4n no komen. Takut kalah? Takut tak jujur cakap depan mahkamah? Saya kena maki macam-macam walaupun saya berdiam.

Kepada semua netizen-netizen yang selama ini bertungkus lumus memaki saya. Saya maafkan dari hari ini sampai saya mati esok.

Terdahulu, sebutan kes sam4n difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Sam4n itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

“Ada cara lebih baik untuk berdamai” – Achey sedih konflik Ali Puteh, balu Abam semakin serius

ANGGOTA kumpulan Bocey iaitu Achey berasa sedih melihat kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata dia tidak memihak pada Ali mahupun Nor Hidayah namun berpendapat isu yang berlaku itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik.

Konflik Ali dan Nor Hidayah dibawa ke mahkamah.

“Tapi siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan sam4n). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap.

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tidak memberikan kesan kepada orang lain, ” kata Achey kepada mStar.

Pelawak terkenal itu ditemui ketika sidang media pelancaran filem Frontliners di Big Boss, Publika pada Khamis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Malaysia Gazzete

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hidayah Sam4n Ibu Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*