“Kalau Tak Mekap Apa Rupa Ya” Ditanya Soalan Panas, Ini Jawapan Padu Syifa Melvin

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti kerana biarpun bunyinya amat cliche, tetapi setiap selebriti sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Tambahan pula dengan zaman media sosial yang penuh dengan akaun-akaun penyamar, sesiapa sahaja sesuka hati boleh meninggalkan komen yang negatif.

Memuat naik satu entri di Instagram miliknya, Syifa Melvin seolah-olah mahu meluahkan perasaan yang terpendam dengan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap dirinya.

“Lelaplah mata setiap malam dengan hati yang tenang tanpa iri,tanpa dengki tanpa ketidakpuasaan hati pada manusia lain,” tulisnya pada entri bergambar tersebut.


Namun gambar yang dikongsikannya itu disambut pula dengan sind1iran seorang lelaki tentang wajahnya yang bersolek lengkap itu.

“Klu tk mekap apa rupa ya?” tanya seorang pengguna Instagram seolah menyi1ndir gambar Syifa yang dikongsikannya itu.

Sebagai seorang selebriti yang selalu berdepan dengan karenah mereka sebegini, Syifa menjawap dengan tenang dan padu.

“Saya penjual makeup bang, mesti la saya kena pakai makeup yang saya jual, saya harap abang selalu diberi rezeki yang halal ya bang.

“Semoga Allah beri kudrat dan tenaga pada abang untuk beri rezeki pada zuriat abang. Aamin, doakan saya ya,” jawap Syifa.

Beberapa netizen lain yang menyifatkan soalan yang ditanya lelaki berkenaan seperti mahu meny1indir Syifa turut memberikan komen masing-masing.

Syifa Melvin dikatakan bercinta dengan pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid tetapi masing-masing menutup mulut tentang hubungan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Tak Mekap Apa Rupa Ya” Ditanya Soalan Panas, Ini Jawapan Padu Syifa Melvin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*