“Nak Bunga Ke Nak Saya Bayarkan Kereta?” Dilabel Tak R0mantik, Svami Beri Ain Edruce Pilihan

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlah seorang lelaki yang romantik terhadap pasangan.

Begitupun, menurut Ain, walaupun dirinya tidak mendapat layanan romantis seperti pasangan lain sejak bercinta, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang lebih mengutamakan tanggungjawab.

“Bila orang lain dapat bunga, pernah tanya dia,’sayang, awak tak pernah beri bunga kepada saya’.

“Lepas tu dia suruh pilih katanya ‘awak nak bunga ke nak saya bayar kereta awak?’. Sudah pasti saya pilih untuk dia bayarkan kereta. Bunga berapa sen je pun. Amirul sejenis yang begitu, dia akan selesaikan tanggungjawab dia dulu,” katanya kepada Astro Gempak.

Disebabkan pengorbanan besar suaminya itu juga dalam menjalankan tanggungjawab membuatkan Ain tidak kisah sekiranya tiada momen romantis diterimanya.

“Lepas dia tawarkan diri nak bayar kereta, rasa lega. Sejuk hati.

“Jadi, bila saya fikir balik, suami saya tak romantik, tapi komitmen yang dia korbankan untuk saya, buatkan saya tiada apa nak complain pasal dia,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Raya ❤️ Raya tahun ni kite dah ade bff for lyfe @amirul_hafizz 🌟🌟🌟

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Bahkan, katanya lagi, suaminya itu juga bukanlah lelaki yang sentiasa mahukan ‘update’ seperti yang lazim dilakukan pasangan lain.

“Dia tak pernah kacau saya kerja. Sebab katanya, nanti balik rumah barulah cerita apa kami buat seharian.

“Kalau semua dah cerita di telefon, balik rumah tak ada apa nak borak,” katanya yang berkongsi ragam suaminya.

Sebelum ini, Ain juga pernah mendedahkan bahawa sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya lebih banyak memasak berbanding dirinya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Bunga Ke Nak Saya Bayarkan Kereta?” Dilabel Tak R0mantik, Svami Beri Ain Edruce Pilihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*