Saharul Ridzwan K3na G@ri

Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan kehidupannya berubah selepas memilih untuk menamatkan zaman bujang.

Menurut Saharul, 31, dia telah terikat dengan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

“Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?

“Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu.

“Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta turut menghargai pengorbanan yang dilakukan golongan suami demi menjaga keluarga.

“Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.

“Satu penghargaan dan ucapan terima kasih untuk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada untuk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Saharul Ridzwan K3na G@ri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*