“Doakan Arwah Tenang…” Achey

KUALA LUMPUR: Pelawak, Achey, sedih melihat kemelut antara balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh berlanjutan hingga membawa ke mahkamah.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berkata, sepatutnya kemelut antara mereka boleh diselesaikan dengan cara baik.

“Siapalah saya dan Fad untuk masuk campur urusan mereka, sekiranya itu sahaja jalan terbaik untuk menyelesaikannya, kami tak boleh menghalang. Saya dan Fad tak menyokong mana-mana pihak.

“Bagi saya, mereka boleh menyelesaikan segala urusan secara senyap supaya tidak memberi kesan pada orang lain,” katanya kepada BH Online.

Namun, Achey berkata, dia percaya perkara yang terjadi boleh menjadi iktibar kepadanya, Fad dan rakan dalam industri hiburan.

“Tak mustahil perkara seperti ini boleh terjadi pada saya, kita ambillah iktibar. Jika boleh selesaikan dengan secara baik supaya semua pihak mendapat penerangan yang adil,” katanya.

Achey berharap, kemelut itu berakhir dengan baik demi masa depan anak arw4h, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Saya tak mahu Hamzah membesar dengan masalah ini, kalau boleh saya mahunya mengenali dan rapat dengan kedua-dua keluarga dengan baik.

“Orang luar doakanlah arwah sentiasa tenang di alam barz4kh dan kemelut keluarganya berakhir dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Nor Hidayah memfailkan sam4n ke atas adik iparnya, Ali, baru-baru ini. Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, memfailkan sam4n balas terhadap Nor Hidayah. Difahamkan, sebutan kes berkenaan akan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

Tuan??? Errr… .. .. .. #fronliner @d.alphalegacy @ajiboy7

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Achey menjawab pertanyaan mengenai kemelut berkenaan ketika ditemui pada sidang media filem televisyen, Frontliner di sebuah restoran di pusat beli belah Publika, baru-baru ini.

Membawakan watak sebagai pegawai polis, Inspektor Nasir, Achey dipuji kerana berjaya menghidupkan watak serius dengan baik.

“Syarikat produksi, D’ Alphalegacy dan pengarah, Ajiboy mahukan saya melakukan watak yang jauh daripada karakter kebiasaan. Saya mengambil cabaran ini apabila didorong isteri dan pelakon, Azhan Rani, Wan Maimunah, Farah Ahmad dan Beto Kusyairy yang juga tunggak utama filem ini.

“Mereka percaya inilah masa untuk pelakon komedi seperti menggunakan ruang dan peluang untuk menyerlahkan sisi saya yang berbeza.

“Saya akui tiada ruang sebelum ini. Peluang kali ini saya cuba membuktikan boleh membawakan watak sedih,” katanya.

Frontliner adalah naskhah yang diinspirasikan menerusi kisah benar mengenai pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan yang menjadi peju4ng benteng utama dalam membendung penularan wabak CO1VID-19 yang sedang melanda seluruh dunia, ketika ini.

Ia bakal bersiaran menerusi Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:BH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Doakan Arwah Tenang…” Achey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*