Kena Tlndas? Status Terbaru Hidayah Jadi Tanda Tanya

Sejak dua hari lalu warganet dikejutkan dengan berita pelawak dan pelakon Ali Puteh yang berbalas sam4n dengan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, mengakui mengeluarkan sam4n terhadap balu Hidayah yang juga balu Allahyrham Abam Bocey.

Menurut Ali, saman balas itu sebagai tindakan susulan kerana sebelum ini Hidayah terlebih dahulu memfailkan sam4n terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.Ali antara lain mendakwa Hidayah mengaku memindahkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Abam ke akaun anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut Ali.

Sejak semalam juga pelbagai pendedahan dibuat oleh Ali tentang apa yang berlaku antaranya dengan Hidayah.Sementara itu, Hidayah turut bersuara namun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya itu.

” Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya.

Menurut Hidayah, setiap apa yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Hamzah.

” Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi.

Hidayah muatnaik status terbaru

Sejak itu juga tidak banyak yang keluar dari pihak Hidayah. Kebanyakan kenyataan dan pendedahan semua dibuat dari pihak Ali.

Sementara itu menerusi satu entri di Instagram, Hidayah dilihat berkongsi (repost) gambar anaknya di Insta Story berserta kapsyen yang mencuri perhatian ramai.

Bagaimanapun entri tersebut dipercayai dimuatnaik oleh ahli keluarga terdekat, dikenali dengan nama Untie Thira.

” Dak hensem potong rambut dah.. dah besar nanti Hamzah jaga ibu baik-baik tau..

” Jangan bagi orang tindas ibu. Jangan bagi orang tindas Hamzah juga. Anak lelaki kena kuat okey! Ibu awak struggle buat apa jer untuk awak, asalkan awak terbela.

” Untie Thira mampu doakan dari jauh jer. Nanti kita jumpa okey..Love you sampai ke bintang”, tulis MrsThira

Dalam pada itu, majoriti berasa sedih melihat perkembangan isu melibatkan Ali Puteh dan Hidayah ini kerana rata-rata mahukan perbal4han ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Tidak terkecuali rakan artis yang rapat dengan mereka iaitu Achey. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.

” Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.

” Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kena Tlndas? Status Terbaru Hidayah Jadi Tanda Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*