“Malaysia Tidak Akan Tvnduk Tvntutan Terhadap Sabah.” Muhyiddin Yassin

Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam passport…saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia…Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka.” 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah, di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaafar dilaporkan sebagai berkata cadangan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta pasport Filipina bukan langkah terbaharu atau pendirian rasmi kerajaan negara itu.

Perkara itu merupakan cadangan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina untuk mewujudkan rang undang-undang gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Pasport Filipina 1996.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Malaysia Tidak Akan Tvnduk Tvntutan Terhadap Sabah.” Muhyiddin Yassin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*