P K P P Akan Dilanjutkan Sampai 31 Dec 2020. Tapi Ade Berita Baik Yg PM Umum Kpd Semua

KERAJAAN mengumumkan untuk menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 September ini sehingga 31 Disember ini.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, malam ini.

Beliau berkata, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabk C0vid-19.

“Justeru, demi kepentingan saudara saudari sekalian, kerajaan memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

“Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Brjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, PKPP bermula pada 10 Jun lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini.

Harga Pelitup Muka Bakal Turun

Menurut PM lagi, memandangkan pelitup muka merupakan barang keperluan yang diguna setiap masa,

pihak Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang berunding dengan pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka.

Jika rundingan berhasil, ia dapat mengurangkan sedikit beban yang dihadapai oleh rakyat

Harga terkini pelitup muka RM1 sekeping

Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi,

ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat,

khususnya ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk anak-anak ke sekolah.

Selari perkembangan semasa, katanya, harga semasa pelitup muka akan terus diturunkan di bawah paras 95 sen sekeping di peringkat pemborong dan RM1 sekeping di peringkat runcit.

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos. – Foto fail NSTP/Hasriyasyah Sabudin

Sebelum ini, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (P KP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak C0vid-19.

Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PK PB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (KK M) dilaporkan mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkltan C0vid-19 di negara ini terkawal selepas ia akan tamat pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ramai bersetuju PKPP Di lanjutkan

Sementara itu majoriti pembaca Harian Metro yang menyertai undian sama ada wajarkah PK PP dilanjutkan selepas berakhir 31 Ogos ini di Facebook dan Twitter bersetuju ia wajar dilanjutkan.

Seramai 13,957 orang menyertai undian di Facebook dengan 12,013 membuat undian wajar sementara 1,944 tidak wajar disambung PKPP.

Melalui undian di laman Twitter pula 81.3 peratus daripada 1,443 yang membuat undian bersetuju ia disambungkan sementara 18.7 peratus tidak bersetuju.

Teks Ucapan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri

Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, August 28, 2020

“Tan sri.Mohon pertimbangkan utk membenarkan kami ibubapa melawat anak di asrama dan membenarkan mereka blk ke rumah mengikut jadual spt biasa.

Kasihanilah murid2 terutama ting 1..mereka kemurungan. Ibubapa pun sama.”

“Tan sri, kami berharap sangat moratorium dilanjutkan lagi sampai hujung tahun..

Selagi virus ni masih ada, selagi itu la ramai yg akn hilang pekerjaan..

Syarikat2 pun mula buat undang2 mereka sendiri.. banyak insentif kena potong..

Macam mana kami nak teruskan bertahan, dgn pinjaman rumah, pinjaman kenderaan.. belanjan harian dan bulanan…”

“Saya bercadang bahawa kerajaan Malaysia wajib menggabungkan fungsi cukai tidak langsung JKDM dan LHDN untuk menjadikan

Penguasaan Hasil Dalaman Malaysia” (Internal Revenue Authority of Malaysia) sebagai sebuah agensi pungutan cukai persekutuan tunggal dengan serta-merta pada tahun ini.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:https://budaksitu.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "P K P P Akan Dilanjutkan Sampai 31 Dec 2020. Tapi Ade Berita Baik Yg PM Umum Kpd Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*