Tiada Lagi Tanglsan Saklt, Jnazah Kanak2 Derlta Ditimpa Peti Ais Selesai Dikebvmi

Semalam, berita pemergian adik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari telah tular di media sosial selepas dimaklumkan sendiri oleh bapanya di Facebook.

Adik Fawwaz telah terlantar sakit hampir 14 bulan selepas ditimpa peti sejuk dirumahnya pada tahun lepas. Allahyarham yang berusia 6 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.

Selamat dikebumikan

Menerusi Facebook bapa kepada adik Muhammad Fawwaz, jenazah telah selamat dikebumikan pada pagi tadi selepas dikafankan dan disolatkan di rumah nenek kepada Fawwaz iaitu di kampung Gedong Lalang 162 Ampangan.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Height) jam 9 pagi tadi.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar tabah dan redha diatas pemergian adik Fawwaz.

Semoga ahli keluarga tabah

Innalillahiwainailahirajiun…

Terdahulu, adik Muhammad Fawwaz telah menjalani rawatan di Melaka selepas semalaman meragam disebabkan kekejangan otot.

Namun tidak lama selepas itu, bapanya, Mohd Bukhari Zainal Anuar telah memaklumkan bahawa anak tersayang sudah pun meninggal dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Muhd Bukhari Zainal Anuar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiada Lagi Tanglsan Saklt, Jnazah Kanak2 Derlta Ditimpa Peti Ais Selesai Dikebvmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*