15 Biji Kek, Genap Sebulan Ruhainies Sambut Birthday “Tak Ada Lagi Lepas Ni”

Pelakon Ruhainies, 28, mendedahkan sambutan ulang tahun kelahiran untuk kali ke-15 ini adalah yang terakhir untuk diraikan.

Menurut Ruhainies, sudah sebulan dia diraikan dengan majlis sambutan hari jadi, justeru dia berharap selepas ini tidak ada lagi pembaziran wang yang terjadi.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik.

“Kek hari jadi saya yang ke-15 untuk tahun ini. Terima kasih Allah kerana hantarkan orang-orang yang baik dalam hidup saya, untuk segala rezeki, rahmat dan cinta. Saya bersyukur.

“My last birthday celebration last night! Cukup genap sebulan. Tak ada lagi lepas ni okey, jangan bazir duit,” tulisnya sebagai kapsyen.


Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat kerana beranggapan ini sekadar untuk menunjuk.

Malah, ada yang tidak berpuas hati kerana hari lahir Ruhainies sudah lama berlalu.

“@dgcahaya8696: Aku datang sini nak tengok komen orang, dia ni tak habis-habis lgi ke sambut hari lahir? Ahahahaha kelakar netizen ni.

“@depatlah: Berapa kali dia sambut hari lahir setahun?

“@zacksgsevenseven: Kau nak menunjuk ke?

“@izzu.one1: Orang sambut hari lahir sehari ja itupun yang sambut la. Ada ramai yang tak sambut langsung pun. Ini sebulan sambut hari lahir dah macam puasa.

“@azreensophia_: Hari hari birthday dia hahaha,” antara komen-komen yang ditulis.

Terdahulu, tular di media sosial apabila kek hari jadi Ruhainies menjadi buah mulut netizen hingga disamakan dengan wajah mak nyah Thailand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "15 Biji Kek, Genap Sebulan Ruhainies Sambut Birthday “Tak Ada Lagi Lepas Ni”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*