“Abah Untuk Kami Semua…” Video Kemerdekaan TSMY, Buat Ramai Terharu

Menjelang Hari Kemerdekaan ke-63 yang bakal dirai esok, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berkongsi satu video di laman Facebooknya menzahirkan kata-kata semangat buat seluruh rakyat.

Menerusi video berdurasi tiga minit yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini, setiap bait-bait kata yang disampaikan cukup menyentuh dan mengharukan.

Apa juga rintangan kita tempuh dengan cekal

Dapat dirasai keikhlasan seorang pemimpin yang menanam satu harapan buat negara tercinta untuk kekal aman dan harmoni dalam mengekalkan kemerdekaan yang telak kita kecapi.

“Ayuh anak bangsaku, kita sambut cabaran baharu dalam kehidupan normal baharu, walaupun apa jua rintangan mendatang kita tempuh dengan kecekalan dan kesungguhan yang tinggi…”

“Adalah suatu permulaan dalam sejarah hidup kita dalam meniti satu perjalanan yang sangat panjang, 63 tahun menelusuri kedamaian yang kita kecapi selama ini, demi tanah air, demi anak bangsa, walau berbeza namun kita adalah sama, tanpanya tidak wujud keamanan ini…”

Tidak putus doa buat Malaysia

Dalam selingan ucapannya, beliau juga sempat menyelitkan doa buat kesejahteraan pahlawan-pahlawan yang telah gugur mempertahankan kedaulatan negara selama ini.

“Ya Allah, Kau rahmatilah negara ini, Kau muliakan pahlawan-pahlawan yang gugur perjuangkan negara ini, Kau berikan kami kekuatan untuk terus maju sebagai satu bangsa berjaya…”

Terima kasih abah

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan ramai turut berasa tersentuh dan terharu, berharap agar beliau terus cekal menerajui Malaysia.

Semoga Malaysia dapat menjadi negara contoh di mata dunia, membawa imej masyarakat majmuk yang harmoni dan sentosa. Selamat Hari Kemerdekaan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Tan Sri Muhyiddin Yassin

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Abah Untuk Kami Semua…” Video Kemerdekaan TSMY, Buat Ramai Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*