Bagi Staf Kereta Mewah, Tya Arifin Dan Asyraf Khalid Ditvduh Rlyak?

Pelakon Tya Arifin baru-baru ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Volkswagen kepada dua orang pekerja Mutyara.

Hadiah tersebut adalah sebagai penghargaan kepada Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, di atas kerja keras dan usaha mereka.

Suami Tya, yang juga ahli perniagaan terkenal Asyraf Khalid, berkata, beliau bersyukur kerana selepas lebih dua tahun mengukuhkan jenama  Mutyara  yang diusahakan bersama isteri, segala-galanya bagai tersusun cantik.

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.

“Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

“Kejayaan diraih saya dan isteri bukan kemenangan individu sebaliknya usaha bersama staf dan mereka yang terus mempercayai jenama kami,” katanya.

Bagaimanapun, timbul tuduhan Tya Arifin dan Asyraf Khalid riyak dan sengaja menunjuk-nunjuk akan kemewahan mereka.

“Kejayaan itu harus dikongsi dan ia adalah pembakar semangat untuk staf Mutyara yang lain bahawa tidak ada yang mustahil jika komited bekerja.

“Mulut netizen biasalah…Kami tak ambil hati. Kenapa Amir Rizwa dapat reward? Kerana dia antara yang komited. Sebagai Pengarah Kreatif Mutyara, dia antara staf yang ringan tulang.

“Dialah yang akan jadi antara staf terawal datang ke pejabat dan paling lewat pulang ke rumah. Semoga dedikasinya terus menyuntik semangat staf lain.

“Saya dan isteri sendiri juga selalu membiasakan budaya semua tak kira staf sekalipun seperti memiliki perniagaan kami bersama sama. Jadi kami tak rasa bekerja hanya semata mata untuk mendapat gaji setiap bulan,” katanya.

Dalam pada itu Asyraf turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama ibu Amir, Asmah Mohd Hassan di Instagram yang menyentuh hati.

“Benar redha Allah itu datang dari ibu bapa. Saya beruntung dikurniakan staf seperti Amir. Tahniah juga kepada ibu bapanya yang membesarkan seorang anak yang cukup budiman dan menjadi contoh.

“Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk mencapai impian masing-masing.

“Dulu Amir mula bekerja dengan saya di sebuah rumah di Cyberjaya. Ketika itu hanya ada satu meja besar untuk kami semua berkongsi. Kemudian berpindah ke lot pejabat di kawasan sama. Hinggalah hujung Julai lalu Mutyara memiliki wisma sendiri di Puchong,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, dia juga pernah kecundang beberapa kali dalam bidang perniagaan dan itu tidak mematahkan semangatnya.

“Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.

“Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan

“Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

. “Sebaik baik Manusia adalah Manusia yang memberi manfaat keramai orang” . Alhamdulillah Mutyara telah membuka peluang Bisnis Tanpa Modal untuk siapa sahaja yang nak Jana Income, bukan itu saja, malah Mutyara, Tya akan Guide Anda. Syukur, semakin hari Mutyara semakin berkembang… Semua ini karna kerja keras Kita Bersama, Usahawan Mutyara dan Team Mutyara. Kali ini, Mutyara memberikan apresiasi nya kepada Amir, salah satu Team Mutyara atas dedikasi yang diberikan utk Mutyara agar maju ke hadapan. Sebelum itu, Amir naik motor ke office, kalau panas kepanasan, Kalau hujan kehujanan, Semoga dengan apresiasi ini, Amir boleh selesa untuk bekerja dan boleh membantu orang sekeliling Amir. Thankyou Amir sudah jadi sebahagian dari MUTYARA. This is Just Begining, Let’s Bring MUTYARA To The Next Level Together, Insyaallah 🙏🏻❤️ @mutyarabeauty @usahawanmutyara @amir.rizwan_

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bagi Staf Kereta Mewah, Tya Arifin Dan Asyraf Khalid Ditvduh Rlyak?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*