Covid-19 Satu K3s Kem@tian Baru Dilap0rkan Setelah Sebulan Tiada Pertambahan

Walaupun tiada sidang media perkembangan Covid-19 pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi memaklumkan laporan berkenaan pendemik tersebut menerusi media sosial.

Pada hari ini, sebanyak 17 kes baharu dilaporkan dengan 15 kes merupakan kes import dan 2 kes adalah daripada penularan tempatan.

Satu kes kematian direkodkan

Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian yang melibatkan Kluster Telaga di Kedah selepas hampir sebulan tiada sebarang kematian baharu direkodkan. Hal ini menjadikan kes kematian terkumpul adalah sebanyak 125 sepanjang perintah kawalan pergerakkan berlaku.

Kes kematian terakhir direkodkan adalah pada 29 Julai iaitu seorang lelaki warganegara Filipina yang meninggal dunia di Hospital di Sabah yang mempunyai latar belakang masalah jantung.

sepuluh kes sembuh

Pada hari ini juga, sebanyak 10 kes dilaporkan sembuh dan dibenarkan dicaj daripada wad. walau bagaimanapun, terdapat 7 kes dirawat di ICU dengan 5 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Di akhir kenyataan tersebut, pihak KKM sempat mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-63 kepada rakyat Malaysia yang akan menyambutnya pada hari esok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:KKM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Covid-19 Satu K3s Kem@tian Baru Dilap0rkan Setelah Sebulan Tiada Pertambahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*