Mereka Menderlta Sudah Lama, PM Usul Bantuan JKM Dari RM200 Dinaikkan. Jumlahnya Buat Ramai Terkedu

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan ke RM1,000.

Katanya cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

“Saya tahu cakap (kenyataan) saya ini mempunyai implikasi besar, but I don’t care (tapi saya tidak peduli).

“What is important is the livelihood of our people down there (Yang penting ialah mata pencarian rakyat di akar umbi) … they have suffered for a long time (mereka mende3rita sejak sekian lama),” katanya pada majlis perjumpaan bersama pimpinan masyarakat, di Sandakan hari ini.

Muhyiddin berkata usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.

Beliau juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara telah lama merdeka.

“Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.

“Kalau mereka sak1it, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera,” katanya.

Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah, bermula semalam.

Kerajaan Tak Boleh Tunggu Bantu Rakyat

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil tindakan segera dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavi1rus (Cov1id-19) tanpa membentangkannya di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana rakyat perlu dibantu segera dalam tempoh sukar tersebut.

“Kerajaan tiada pilihan, malah saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi Parlimen bermula.

“Tuan Yang Dipertua kena tahu ramai rakyat menunggu, kita tidak boleh tunggu sesi Parlimen ini. Dia (rakyat) hendak sekarang, bantuan disampaikan sekarang, mereka hadapi kesukaran sekarang, institusi dah runtuh sekarang kebanyakan perniagaan tidak boleh dilaksanakan.

“Jadi, walaupun begitu saya faham tugas ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab (persoal tindakan kerajaan) tetapi tugas kerajaan adalah menentukan rakyat mesti dibela,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) yang mahukan penjelasan berhubung tindakan kerajaan tidak membentangkan terlebih dahulu pakej rangsangan ekonomi itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mereka Menderlta Sudah Lama, PM Usul Bantuan JKM Dari RM200 Dinaikkan. Jumlahnya Buat Ramai Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*