Selepas Diistihar Muflis, Ini Yg Terjadi Kpd Datuk Boy Iman Sekarang

Terkini, pelakon dan ahli perniagaan Datuk Boy Iman, 40, mengakui dia kini terbabit melakukan beberapa pekerjaan untuk menyara hidup selepas diisytihar mufIis oleh Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu.

Boy atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman berkata, pengisytiharan itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus menjalani kehidupan biasa sama seperti orang lain.

” Daripada segi perniagaan, saya masih terbabit menguruskan perniagaan kontraktor, produk kecantikan, produk keselamatan tong gas dan konsultan perniagaan.

” Hanya itu yang mampu saya buat apabila diisytihar b4ngkrup. Bagaimanapun dari segi kehidupan, saya okay dan ‘steady’ kerana masih sihat serta bagus.

” Malah, lebih bermakna daripada segala-gala,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon filem Blok 404 ini diisytihar mufI1is berikutan kegagalan melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Pada 2017, Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties bersama tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources ditahan reman enam kali bagi membantu si4satan membabitkan pen1ipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.

Mereka pernah direm4n di balai polis Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani, Kubang Pasu, Kedah dan Kangar, Perlis.

Kronologi ini sekaligus membuatkannya sentiasa berdepan kec4man masyarakat. Bagaimanapun, Boy Iman mengakui tidak ambil peduli apa yang berlaku.

” Saya pun tak ambil kisah sangat kec4man yang dilemparkan kerana tahu apa yang terjadi. Saya kini telan sahaja semuanya.

” Tak penting pun orang suka atau tidak, kerana bukan mereka yang bayar bil saya pun.

” Cuma kalau nak tahu, ajaklah saya minum teh tarik dan tanya saya sendiri sebelum buat sebarang andaian,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku juga menjejaskan pandangan masyarakat yang selama ini okay terhadapnya.

” Bila isu itu keluar, sudah tentu ia tak bagus pada saya. Selepas hampir tiga tahun, pandangan serong ini dah kurang.

” Ada juga yang bertindak minta maaf, tapi masih ada juga segelintir yang tetap memandang serong pada saya,” katanya.

Mengulas berkenaan aktiviti seninya, Boy Iman kali terakhir membintangi drama Seindah 7 Warna Pelangi yang disiarkan slot Akasia TV3.

” Saya juga berlakon filem Bini-Biniku Gangster 2, Kak Yong yang sepatutnya ditayang pawagam tahun ini, tapi akhirnya ditunda kepada tahun depan.

” Saya juga sekarang berusaha menjual filem Blok 404 Hidup Sampai Mati di Unifi TV, Mubi TV dan beberapa platform lain yang masih dalam perbincangan.

” Dalam masa sama, saya pun dah bergelar star host di platform Bigo.

” Saya juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Usahawan Selebriti Malaysia yang akan terbabit dalam aktiviti anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas),” katanya.

Menurutnya, dia juga dalam proses mewujudkan platform untuk penyiaran dalam talian (broadcast online) dikenali DBI TV.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://limauais.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas Diistihar Muflis, Ini Yg Terjadi Kpd Datuk Boy Iman Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*