Tahniah.. Foto Emma Maembong Bersama Baby Jadi Bvat Mvlut Peminat

TEKA-TEKI mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya,” kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan kandungannya yang kini mencecah empat bulan.

Usia kandungan pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu kini sudah memasuki empat bulan dan dijangka akan bersalin pada November depan.

 

View this post on Instagram

 

my most favourite @yobickmalaysia 🌸❤️ #prebiotic #yobickmalaysia #brandfromjapan

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti bersama suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose di Langkawi, Kedah.

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial.

Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.

“Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua.

“Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,” kata Aprena.

Emma Maembong berkongsi gambar bersama baby tarik perhatian ramai

KOMEN NETIZEN :

Alow comel sangat2 timah Dan cucu baru nenek 😘😘

Ok.ni bkn anak kak emma kan? Kak emma belum beranakkan?😂

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram Emma Maembong

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tahniah.. Foto Emma Maembong Bersama Baby Jadi Bvat Mvlut Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*