“Lamanya Abang, Kakak Tunggu Baby Girl’ Comelnya! Fasha Sandha Kongsi Reaksi Anak Pertama Kali Jumpa Adik

Reaksi anak-anak pelakon Fasha Sandha, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu adik perempuan mereka, Aisha Amaira sememangnya sangat menyentuh hati.

Reaksi comel Rayfal dan Jemyma itu dimuat naik oleh Fasha menerusi satu rakaman video pendek menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Video itu jelas menunjukkan Rayfal dan Jemyma begitu teruja sebaik sahaja melihat Aisha berada dipangkuan ibunya.

Sepanjang berjalan menuju kea rah Fasha, Rayfal dan Jemyma tersenyum sebelum mencium adik kesayangan mereka selepas bertemu dengannya.

“Hari pertama Aisha Amaira. Memandangkan hari ini hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak-anak ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira.


“Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha. Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni.

“Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus-putus.

“Alhamdulillah Allah ganti baby girl yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

Memandangkan hari ni hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira. Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha, Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni. Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus2 Alhamdulillah Allah ganti babygirl yang sihat dan sempurna , Alhamdulillah. . Terima kasih adik EL @cameo.x belanja momen indah ni, kalau kami semua nak amik pakai phone memang tak dapat la momen2 ni, 😊 Siapa rasa nak rekod video momen2 indah , panggil lah EL ni. Harga dia pun berpatutan , video pun cantik 💜 ni review ikhlas tau, kami guna dia dari orang tak kenal dia lagi 😃 Lepas ni dia dah famous harap tak lupa diri kannn 😉 ❤️💙💜💖 #instaikhlas

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lamanya Abang, Kakak Tunggu Baby Girl’ Comelnya! Fasha Sandha Kongsi Reaksi Anak Pertama Kali Jumpa Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*