Lelaki Mundar-Mandir Tengok Ikan, Akhirnya Semua Peniaga Tersent4k Bila Tau Niat Sebenar Lelaki Itu

Setiap manusia pasti diuji oleh Allah.Hal ini kerana ianya adalah lumrah kehidupan.

Tiada manusia yang hidup dimuka bumi ini tanpa diuji.

Namun begitu ujian yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kemampuan seseorang.

Bersabarlah didalam menghadapi ujian dan bersyukurlah.

Berdoa dan terus berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah,pasti Allah akan membantu kita.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.

Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan.

Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima.

Mungkin bagi sesetengah orang melihat ujian yang menimpa orang lain itu tidaklah dianggap ujian besar, namun orang yang melalui ujian itu yang lebih mengetahui.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:

‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian)

Nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’ (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ayat al-Quran itu menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT.

Bagi memastikan iman seseorang hamba benar-benar kukuh kepada Allah SWT, maka ujianlah yang dapat menentukannya.

Ujian bukan saja dirasai orang yang lemah dan miskin, ia juga melanda orang yang kuat dan kaya.

Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT.

Sebenarnya, ujian dapat mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah SWT.

Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain kepada Allah SWT.

Selain itu, apabila dihadirkan ujian, antara perkara yang perlu disematkan dalam diri ialah perlunya untuk bersabar.

Mungkin ia mudah untuk diungkap, namun sukar untuk dipraktikkan sekiranya tanpa adanya iman.

Rasulullah SAW pernah menjelaskan kehebatan orang yang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan kehidupan dunia.

Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan.

Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan.

Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya.

Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kali ini kami ingin berkongsi kisah seorang pemuda yang berhati murni telah berkongsi nikmat yang diberikan kepadanya dengan orang lain.

Kisah Lelaki dan RM2

Kisah ini membuat kami sebak,kerana tak sangka,di zaman kini masih lagi ramai lagi orang yang memerlukan.

Nilai dua ringgit mungkin tidak bermakna bagi kita,tetapi bagi orang lain cukup untuk memenuhi perut seluruh ahli keluarganya.

Oleh itu kita haruslah menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Berikut adalah kisahnya yang dikongsikan oleh saudara Ikram Al-Banjari.

Semoga bermanfaat.

Ada lelaki yang membuatkan aku men4ngis dalam hati sebentar tadi.

Ada banyak cerita pahit manis sepanjang kami berjualan ikan sejak kelmarin.

Antara yang aku masih terkesan sampai ke saat ini ialah cerita tentang seorang lelaki. Kalian kena baca.

Dia datang singgah ke khemah jualan kami.

Meletakkan motosikalnya betul-betul di hadapan khemah dan terus berjalan ke menuju ke arah kami.

Kami ‘greet’ seperti biasa. Selepas puas mundar mandir melihat ikan, dia memanggil aku ke tepi.

“Sini jap adik”

“Ya bang ? Apa boleh saya bantu ?”

“Abang cakap ni jangan marah ya. Nak tanya dulu ni. Ikan Kembung tu dua ringgit dapat berapa ekor ?”

Aku senyum. Aku tersentak. “Takpa bang. Sekejap ya saya timbang dulu”

Aku ambil beberapa ekor ikan kembung dan letakkan di atas penimbang digital.

Aku tekan harga RM5 sekilo. Jawapan yang aku dapat selepas timbang tadi ialah RM2.30 untuk 5 ekor.

“Bang, saya dah timbang tadi. Dapat 5 ekor”

Beliau terus senyum dengar jawapan aku. Nampak suka betul. Tadi sugvl betul wajahnya.

“Ha. Baguslah kalau macam tu. Bagilah 2 ringgit”

Aku bungkuskan 5 ekor tadi dan aku ‘topup’ lagi ikan ekstra untuknya. Aku bagi lebih lagi untuk beliau bawa pulang.

“Nah bang”

“Terima Kasih dik ya. Terima Kasih banyak. Abang doakan bisnes adik maju”

Beliau terus ke motosikal dan bergegas pulang. Ini kisah realiti kehidupan yang benar-benar wujud.

Mungkin abang tadi sedang diuji. Aku hanya mampu mendoakan apa saja urusan beliau terus dipermudahkan.

Apa pun yang terjadi, tangungjawab beliau sebagai ketua keluarga untuk menyediakan lauk pauk di dapur mesti ditunaikan.

Dapur mesti berasap. Aku salute.

Dua ringgit itu nilainya pelbagai di mata orang. Bagi kita, mungkin itu cuma nilai beli jajan buat anak-anak.

Mungkin juga, dua ringgit itu cuma nilai untuk kita bayar parkir sahaja di pusat membeli belah.

Tetapi, hari ini ada orang yang cuma berbelanja 2 ringgit untuk mengenyangkan semua perut yang ada di rumah.

Begitulah. Hidup mesti terus. Usaha jangan putus-putus. Kami masih berada di sini.

Di hadapan Stesen Minyak Petron Putra Heights Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk menjual ikan.

Ikan Kembung RM5 sekilo. Ikan Kerisi RM7 sekilo. Ikan Cencaru RM7 sekilo. Ikan Tongkol Hitam RM11 sekilo.

Ikan Mata Besar RM8 sekilo. Ikan Sardin RM7 sekilo. Ikan dari Kuantan, bukan dari Kotak.

Tak percaya datang tengok sendiri. Tak jadi beli tak apa, sekurang-kurangnya kita jadi kawan.

Tak gitu ?

Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar.

Setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar.

Umat Islam tidak boleh rasa lemah dan putus asa tatkala menerima ujian dalam kehidupan.

Jauh sekali menyalahkan takdir Ilahi. Yakinlah, setiap ujian itu akan hadir bersamanya hikmah yang besar sekiranya dilalui dengan sabar dan berikhtiar menyelesaikannya.

Kisah ibu Nabi Isa, Maryam adalah contoh jelas betapa perlunya bersabar dan berusaha ketika melalui ujian dalam hidup.

Maryam seorang wanita yang sentiasa menjaga kehormatannya.

Namun beliau dipilih Allah SWT untuk menjadi ibu kepada seorang nabi bagi kaumnya.

Maryam adalah seorang insan baik, namun berdepan ujian cukup besar dalam hidupnya.

Bayangkan seorang wanita baik tiba-tiba hamil dalam keadaan dirinya tidak bersuami.

Baginda ditudvh dengan pelbagai tohm4han oleh kaumnya sendiri sedangkan beliau tidak pernah melakukan perkara yang dilarang.

Maryam amat sed1h dengan apa yang berlaku ke atasnya sehingga merasakan lebih baik dirinya m4ti supaya keadannya itu dapat segera dilupakan kaumnya.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

“(Ketika dia hendak bersalin) maka s4kit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma),

Dia berkata alangkah baiknya kalau aku m4ti sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang.” (Surah Maryam, ayat 23)

Walau bagaimanapun, dengan kesabaran dan rasa reda dalam diri, Allah SWT menganugerahkan pertolongan untuk Maryam pada saat ingin melahirkan kandungannya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:

“Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu supaya gugvr kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam, ayat 23-24)

Hayatilah dengan penuh keinsafan situasi dialami Maryam dalam ayat-ayat al-Quran berkenaan.

Dalam keadaan Maryam seorang wanita baik dan menjaga kehormatannya, beliau diberi ujian oleh Allah SWT hamil ketika masih gadis.

Dalam keadaan dirinya s4kit ingin melahirkan kandungannya, beliau membawa diri dan turut merasai kes4kitan seperti wanita lain.

Tatkala datang pertolongan daripada Allah SWT yang menyediakan untuk Maryam air dan buah tamar.

Maryam diperintah untuk menggegarkan batang pohon tamar supaya dapat makan buah-buahnya yang jatuh.

Maha suci Allah SWT yang memiliki sifat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ketika Maryam ingin melahirkan seorang nabi, bantuan datang bagi meringankan ujian yang ditanggungnya.

Namun, dia masih tetap disuruh berusaha mengurus ujian dalam hidupnya.

Boleh saja Allah SWT menghidangkan makanan terus kepada Maryam, namun beliau diperintah untuk menggegarkan pohon tamar supaya dapat dimakan buahnya.

Lihatlah betapa ujian yang datang daripada Allah SWT perlu diurus dengan usaha, bukan sekadar menunggu segalanya datang bergolek.

Ia peringatan jelas dinyatakan Allah SWT buat seluruh manusia, lebih-lebih lagi yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://gstv.vip/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lelaki Mundar-Mandir Tengok Ikan, Akhirnya Semua Peniaga Tersent4k Bila Tau Niat Sebenar Lelaki Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*