“Bukan Saya” Tan Sri Dr Noor Hisham Nafi Peg@ng Jawatan COO Sebuah Syarikat Perl0mbongan di Labuan

Dalam mendepani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi terpalit dengan spekulasi yang melibatkan dirinya.

Terkini, gambar peribadi beliau dipercayai telah digunakan dalam sebuah laman sesawang milik syarikat perlombongan permata di Labuan.

Syarikat yang dikenali sebagai ‘Kashi Mining’ mendakwa DG Hisham merupakan salah seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi syarikat itu.

Namun, dakwaan itu telah diselar oleh DG Hisham sendiri melalui sebuah tweet di Twitter miliknya sekaligus  mendakwa ia adalah palsu.

Menerusi laporan Berita Harian, pemeriksaan di laman sesawang syarikat yang kononnya berpangkalan di Jalan Patau-Patau, Labuan itu menggunakan gambar Dr Noor Hisham sebagai COO, namun menukar namanya kepada Aidan Razif.

DG Hisham juga turut berkongsi pautan laman sesawang syarikat tersebut. Namun hasil carian mendapati tiada sebarang info malah laman sesawang tersebut tidak lagi berfungsi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bukan Saya” Tan Sri Dr Noor Hisham Nafi Peg@ng Jawatan COO Sebuah Syarikat Perl0mbongan di Labuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*