“Hari Pertama Sekolah Bvkan Ank Je Sedlh, Ibu Pun Syahdu” Seb@k Lihat Ank Fasha Sandha Menangls

Pelakon Fasha Sandha akui berasa sebak sewaktu memujuk anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma di hari pertama persekolahannya.

Menerusi akaun Instagram, Fasha berkongsi momen yang merakamkan Jemyma sedang menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh ibunya.

Menurut Fasha situasi itu membuatkan dirinya berasa sebak namun pelakon cantik itu memberitahu itulah antara perkara yang dihadapi oleh mereka yang bergelar ibu.

Bagaimanapun kata Fasha anak sulungnya, Putra Rayfal yang kini memasuki darjah dua begitu tenang ke sekolah.

“Hari pertama ke sekolah selepas berehat dalam jangka masa yang panjang. Bukan anak sahaja yang sedih ibu pun syahdu tengok anak saya yang berumur lima tahun dah masuk tahun satu. Cepatnya masa berlalu…

“Ya Allah tolong lindungi kesemua kanak-kanak yang bersekolah dari virus itu.

“Dear baby Jemyma, anak ibu dah besar. Ini kenangan untuk Jemyma, inilah anak ibu hari pertama, tahun satu. Abang Rayfal di tahun dua. Alhamdulillah tenang-tenang aja,” tulisnya.


Terdahulu, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Dalam perkembangan terbaru, Fasha baru sahaja melahirkan anak perempuan, Aisha Amaira yang merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hari Pertama Sekolah Bvkan Ank Je Sedlh, Ibu Pun Syahdu” Seb@k Lihat Ank Fasha Sandha Menangls"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*