“MasyaAllah! Terkejvt betul..” Isteri Saharul Ridzwan

SEMPENA ulang tahun keempat perkahwinan, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 32, berkongsi perkara itu di Instagramnya dengan meluahkan perasaan terkejut dan terharu dengan pemberian itu.

“Kejutan daripada suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab ulang tahun perkahwinan kami pada 16 September tapi dapat hadiah hari ini.

“Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review. Habis comot muka Deena, maskara meleleh sebab menangis.

“Allahuakbar sayang, terima kasih untuk cinta dan usaha, doa saya sentiasa untuk awak” tulisnya.

Deena berkongsi perkara itu di IG miliknya pada Selasa.

Sementara itu, Saharul pula menerusi Instagram mengucapkan syukur dikurniakan seorang isteri yang dianggap pembawa rezeki untuk keluarganya.

Saharul, 32, turut menasihatkan kaum lelaki agar memperbaiki hubungan suami isteri jika mahu rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

“Jika terasa sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dahulu. Periksa mana yang terkurang, gembirakan hatinya, Insya-Allah awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

“Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri,” ujarnya.

Saharul dan Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan

 

View this post on Instagram

 

“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.” Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga. Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita. “Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.” Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka. Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa. “A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.” Begitulah. 🦋🦋 . Happy 4th Anniversary sayang @deenaemir ❤️ Repost: @hamba_775😎

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“MasyaAllah! Terkejvt betul..” Isteri Saharul Ridzwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*