“Mereka Tak Faham Hukvm Far@id…” Ali Puteh

Minggu lalu kontr0versi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi sebutan ramai apabila timbul isu sam4n-menyam4n melibatkan kedua pihak pula. Malah, kes sudah pun berlangsung Rabu lalu.

Menurut Ali sam4n balas yang dilakukannya itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya. Ali berkata dia tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah untuk maruah keluarga.

“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikec4m dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan sam4n seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan.

Meskipun ramai yang mengec4m, namun Ali memberitahu dia menerima banyak mesej daripada netizen yang ingin meminta maaf. Tegasnya lagi, mereka yang mengec4mnya tidak tahu tentang hukvm pembahagian harta faraid.

“Yang masih mengec4m itu saya anggap mereka tidak faham hukvm faraid. Selalunya yang mengec4m ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukvm.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.

Terdahulu Ali mendedahkan dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Sam4n itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mereka Tak Faham Hukvm Far@id…” Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*