Rupanya Ini Sebab Kenapa Fendy Bakry Tetibe Nikah Tanpa.. Apa Pon Tahniah

Dalam diam-diam, Fendy Bakry selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya – “Saya wajibkan yang perlu dahulu”

PELAKON Fendy Bakry menamatkan zaman bujang dan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu dalam sebuah majlis sederhana pada malam Ahad.

Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 32, yang barkongsi parkara itu di Instagramnya memberitahu acara akad nikah berlangsung di sebuah Dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Fendy berkata, dia akan mengadakan majlis resepsi bagi menjemput rakan-rakan artis dan pihak media dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz abang score what! Terima kasih buat adik-beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.

“InsyaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak. Masa sekarang saya wajibkan yang mana perlu dahulu.

“Jangan risau saya akan jemput media dan kawan-kawan yang selalu sokong abang,”ujarnya.

Pada majlis tersebut Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran, manakala, berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Dalam pada itu, Fendy berkata, usia sekarang adalah masa terbaik untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Saya mahukan teman Hidup, lagipun saya sudah tiada pembantu peribadi. Sampai masa isteri menguruskan makan pakai.

“Jika terjadi apa-apa isteri boleh uruskan, ” ujarnya.

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha tahun ini agak istimewa buat pelakon Fendy Bakry apabila turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Bersempena itu, Fendy membuat posting istimewa menghargai peminat yang selama ini menyokong kariernya dalam industri hiburan.

Lebih menyentuh perasaan apabila Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, mengenang kembali pengalaman pahit yang dilaluinya setahun yang lalu.

“Aku ingat lagi masa tengah nazak, nyawa aku dah 50-50 masa tu, tiap hari aku selalu tengok tweet dan juga mesej-mesej daripada anda semua.

“Aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang anda semua. Bertarung nyawa bukan sesuatu benda yang sangat mudah tapi di sebabkan nilai kasih sayang dan semangat yang anda pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.

“Sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup, tak semua apa yang anda nampak pada aku tu adalah sesuatu yang sangat indah.

“Aidiladha sangat bermakna buat aku dan aku harapkan juga ia akan memberi beribu makna kepada anda semua,” ujarnya.

Fendy Bakry kenang kisah hitam bert4rung ny4wa diser4ng penyak1it m1isteri… “Aku ingat lagi masa tengah naz4k, ny4wa aku dah 50-50”

Perkara itu dikongsikannya menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami penyaki1t misteri sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar pada 26 April tahun lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rupanya Ini Sebab Kenapa Fendy Bakry Tetibe Nikah Tanpa.. Apa Pon Tahniah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*