“Calon Terbaik!” CEO TikTok Letak Jawatan, Netizen Mahu Aeril Zafril Ambil Alih

Aktor kacak Aeril Zafril mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi berita tentang perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi TikTok.

Menerusi laman sosial Instagram, Aeril memuat naik foto berita tersebut yang disiarkan di kaca TV untuk tatapan umum.

“Maksudnya apa ni? Asal aku tak diberitahu?” tanya Aeril pada ruangan kapsyen.

Difahamkan Aeril turut dikenali sebagai presiden atau raja TikTok di dalam kalangan pengikutnya kerana sering memuat naik kandungan video yang menyeronokkan

 

View this post on Instagram

 

Maksudnya apa ni?? Asal aku tak di beritahu??

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Paling mencuri tumpuan adalah apabila Aeril sering berkongsi video-video TikTok yang mengusik isterinya, pelakon Wawa Zainal.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan berita tersebut dan mencadangkan agar Aeril mengambil alih jawatan tersebut.

“Kaulah calon terbaik,” cadang seorang wargamaya.

“Boss boleh ganti tempat CEO tu,” kata seorang wargamaya.

“Wah ada harapan jadi pengganti,” sokong seorang wargamaya.

“Ada vacancy ke ni? Ada peluang kau ni,” ujar seorang wargamaya.

“Ada can naik pangkat, apa kata cuba,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 115,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Calon Terbaik!” CEO TikTok Letak Jawatan, Netizen Mahu Aeril Zafril Ambil Alih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*