Dalam Ali Bergelut Dgn Masalah Harta Pusaka, Ini Pula Perkembangan Terbaru Mamak Puteh

Pelawak dan pelakon Mamak Puteh terharu melihat sokongan orang ramai terhadap premis perniagaannya, Round Island Café yag terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Kafe yang menjual pelbagai jenis makanan tersebut telah dirasmikan pada 30 Ogos lalu dan kehadiran orang ramai membuatkan Mamak terharu.

“Saya tak sangka ramai yang hadir pada hari pembukaan Round Island Café. Terima kasih kepada yang memberikan sokongan kepada kami.

“Sebenarnya saya gementar juga pada hari pembukaan tu, risau orang tak datang. Apapun Alhamdulillah, inilah memori terindah dalam hidup saya kerana selain sokongan padu orang ramai, Round Island Café juga mencatat sejarah tersendiri kerana memulakan operasi ketika kita sedang ‘struggle’ dengan pandemik COVID-19,” katanya

Ketika ditanya mengenai kerjaya di pentas lakonan atau perniagaan yang akan menjadi fokus selepas ini, Mamak berpendapat, kedua-duanya perlu seiiring.

“Insha-Allah saya akan cuba seimbangkan kedua-dua cabang ini. Saya memang kena berusaha dan kerja lebih sikit sebab saya tahu bukan senang nak jadi senang.

“Inilah pengorbanan saya buat isteri dan anak-anak dan saya sedar saya perlu bekerja keras untuk mereka.

“Saya nak fokus cari duit untuk mereka untuk ‘back-up’ pada masa hadapan. Iyalah, masa akan datang kita tak tahu apa yang akan jadi,” katanya positif.

Round Island Café menjual pelbagai menu masakan seperti Western, Ikan Bakar, Sate, Roti Benggali Bakaq Daging Cincang, Nasi Dalca Mamak Daging, Mee Rebus, Char Koay Teow dan Sandwich.

“Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak

“Kalau Boleh Nak Cari Orang Kita La…” – Mamak Cari Pekerja’

 

Puteh juara Maharaja Lawak Mega 2019

Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Dengan tema bebas dan muzikal, Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Man menampilkan dua persembahan bertenaga serta menerima pujian daripada juri.

Naib juara pula dimenangi kumpulan Zero dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Bocey pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan J-Born dan Rare pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima.

J-Born membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Rare pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kumpulan Puteh yang berjaya mengumpul markah tertinggi dianugerahkan Flamitoz Kumpulan Paling Syok!. Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Selain itu, kumpulan Puteh turut memenangi anugerah OPPO Punchline Machine selepas menjadi peserta yang meraih undian paling tinggi.

MLM2019 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dalam Ali Bergelut Dgn Masalah Harta Pusaka, Ini Pula Perkembangan Terbaru Mamak Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*