Follower Merosot Bila Tahu Ikmal Amry Nak Kahwin… “Ada P4tah H@ti Dan Menangls Sambil Post Gambar Kat Dinding”

Pelakon dan model Ikmal Amry mengakui jumlah pengikut dan peminatnya di akaun Instagram turun mendadak selepas mengumumkan bakal berkahwin tahun ini.

Kata Ikmal, 26, dia bagaimanapun akur dengan trend sedemikian dan bersyukur masih punyai lebih 427,000 pengikut di Instagramnya.

“Saya ada isu sedikit dengan peminat di mana ada dua golongan peminat yang mana satu, mereka berasa sangat gembira yang saya nak kahwin dan ada satu lagi golongan peminat yang boleh saya katakan sedikit obses kerana mereka tidak mahu melihat saya mendirikan rumah tangga.

“Ada yang DM (direct message) kata mereka sedih dan patah hati bila tahu saya nak kahwin. Ada juga yang menangis-nangis post gambar saya di dinding. Yang marah saya nak berkahwin pun ada,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ikmal, tindakan sedemikian ekoran penangan wataknya bernama Ray dalam drama bersiri Gantung yang secara tidak langsung membuatkan segelintir pengikutnya terlampau obses.

“Saya percaya mereka terlalu obses dengan watak Ray yang dilakonkan saya dalam drama bersiri Gantung sebab itu mereka halang saya untuk berkahwin.

 

View this post on Instagram

 

Muka je tenang ,dalam hati siapa tahu 🤣 Swipe left for drone vid 😍

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on


“Tapi saya balas balik dengan mereka, Randy Pangalila (pelakon siri Gantung) pun boleh kahwin, kenapa saya tak boleh berkahwin,” tambahnya.

Pelakon kelahiran Melaka itu sebelum ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Najla Samshul di kediaman wanita tersebut di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 27 Mei lalu dan bakal berkahwin pada Disember ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Follower Merosot Bila Tahu Ikmal Amry Nak Kahwin… “Ada P4tah H@ti Dan Menangls Sambil Post Gambar Kat Dinding”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*